Lebih 400 Pemuda Sambut Kepulangan Presiden PAS

1217

KUALA NERUS – Lebih 400 anggota Dewan Pemuda PAS Terengganu berhimpun di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) menyambut ketibaan Presidennya Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang .

sambut tok guru2Naib Ketua Kesatuan Ulama Dunia itu tiba di sini, semalam, setelah berada hampir dua minggu di luar negara atas urusan ummah.
Kepulangan Ustaz Hadi disambut bukan sahaja oleh ahli dan penyolong PAS, bahkan oleh pihak media yang mahu meminta ulasan beliau tentang isu semasa.

Beliau ketika ditemui media, menolak untuk memberikan sebarang komen mengenai pelbagai isu berkait politik negara dan pergolakan politik di Terengganu kerana belum bersedia.

Antara isu yang utama adalah tuduhan Laman web kontroversi, Sarawak Report Sabtu lalu, yang melaporkan Najib merayu parti yang memperjuangkan Islam itu alar menjauhi gabungan pembangkang dengan dana sebanyak RM90 juta dialirkan kepada pemimpin tertinggi parti berkenaan sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

sambut tok guru4“Saya baru balik…..tak baca lagi…..saya baru balik………serah kepada PAS Pusat,”ujarnya ringkas.

Sehubungan itu, Naib Ketua Pemuda PAS Terengganu, Helmi Harun berkata, tujuan mereka berhimpun adalah menunjukkan sokongan padu dan berdiri teguh bersama kepimpinan ulama.

Menurutnya, mereka mewakili suara umat Islam secara keseluruhan, menghargai sumbangan Ahli Parlimen Marang itu.

“Alhamdulillah, hari ini kita dapat lihat ramai golongan pemuda yang turut serta menyambut ketibaan Tuan Guru (Abdul Hadi) yang bukan sahaja telah mengharumkan nama Terengganu tetapi juga pejuang Pas serta umat Islam.

sambut tok guru“Justeru, kita berharap agar segala pelaksanaan dan perbincangan bersama kepimpinan ulama dunia yang lain berjalan dengan lancar dan terus memajukan agama pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita.

Jelasnya lagi, kehadiran ramai golongan muda itu juga secara tidak langsung turut memperlihatkan bahawa golongan muda sentiasa bersama kepimpinan ulama bagi memastikan perjuangan agama diteruskan.