SETIU – Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Jabi pada semalam, Jumaat 29 Ogos 2016 mencatatkan rekod tersendiri dengan jumlah kehadiran begitu ramai pengunjung di luar dari jangkaan.


“Kita bukan orang politik. Tugas kita adalah untuk menjaga keamanan dan ketenteraman. Kedua-dua pihak kita raikan. Program Umno kami pergi, program anjuran PAS pun kami tak ada masalah untuk turut hadir.” Tegas Superintendan Mohd Zamri.


Untuk rekod, PAS Jabi memang telah sedia mempunyai hubungan kerjasama yang sangat baik dengan pihak PDRM dalam menjayakan pelbagai program yang dirancang sebelum ini. Antaranya kerjasama dan bantuan yang dihulurkan pihak IPD Besut ketika PAS Jabi menjadi tuan rumah program mega Himpunan PGU 5.0 pada tahun 2012 dulu.


Pengarah Majlis Tindakan DUN Jabi, Dr Azman Ibrahim dalam reaksi balasnya melahirkan penghargaan atas kesudian pihak IPD Besut menerima jemputan untuk menghadiri majlis rumah terbuka ini.
“Tentu sekali tangan silaturrahim yang dihulur kita sambut dengan sepenuh hati selaras dengan budaya politik matang dan sejahtera. Saya juga mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan penghargaan atas segala kerjasama yang diberikan pihak PDRM khususnya IPD Besut selama ini.”katanya.


Suatu perkembangan menarik bila melihat ramai dari kalangan saudara kita ahli Umno sudah tidak segan dan silu untuk bersama hadir dalam program sebegini anjuran PAS walaupun di tengah-tengah pandangan ramai.


























