RM18K Raikan Anak Yatim Kemasik

2074

Oleh : Mohd Tishaah Hamzah

KEMAMAN – Ketibaan Hari Raya Idul Fitri tidak berapa lama lagi akan disambut dengan penuh kegembiraan bagi 120 anak yatim di DUN Kemasik.

Seharian suntuk mereka ini diraikan dalam program ‘Anak Yatim, Kami Prihatin’ anjuran Pemuda PAS DUN Kemasik.

ir saifulMenurut Ketua Pemuda PAS DUN Kemasik, ir Saiful Azmi Suhaili, sebanyak RM18,000 diperuntukkan untuk meraikan 120 anak yatim iaitu sepasang baju raya, duit raya dan jamuan berbuka puasa bersama pimpinan PAS DUN Kemasik.

“Anak yatim ini dibawa ke sebuah pusat perniagaan pakaian di Bandar Chukai dan mereka memilih sendiri pakaian raya mereka mengikut selera mereka”, ujar saiful Azmi.

Beliau yang juga Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penderma dan sukarelawan yang terlibat dalam program ini.

“Saya mewakili Pemuda PAS DUN Kemasik ingin merakamkan ucapan setinggi penghargaan kepada para penderma dan sukarelawan yang terlibat, semoga ianya dikira sebagai amal soleh di sisi Allah SWT”,katanya.

Pemuda PAS DUN Kemasik mendoakan anak yatim ini dapat bersama rakan taulan mereka bergembira di Hari Raya Idul Fitri nanti.