Oleh : DMS
SETIU – PAS adalah sebuah parti politik yang ‘membawa agama’, komited dalam membantu sesama manusia dengan penyelesaian Islam dalam pelbagai aspek kehidupan manusia.


“PAS adalah parti politik yang bawa agama, memperjuangkan agama dan memastikan semua orang berada dalam keadaan baik, selamat dan senang,
“maka itu adalah kebajikan yang di titik beratkan oleh Islam dan kita (PAS) cuba melakukannya dengan sebaik mgkin dan banyak lagi yang boleh kita lakukan jika di beri kemenangan nanti,”ujarnya.


Seramai 94 orang anak yatim telah menerima sumbangan hari raya dan di raikan bersama 100 keluarga mereka di majlis tersebut, yang turut di hadiri lebih 300 jemputan dari masyarakat setempat.
Beliau yang juga Pengerusi DUN Batu Rakit menyeru, agar Islam di jadikan panduan dalam kehidupan seharian.


“adalah penting kepada kerajaan melaksanakan hukum Islam……….apabila pemerintah meninggalkan syariat Allah, macam-macam berlaku……… ekonomi,jenayah apa juapun keadaan menjadi tidak menentu,”jelasnya
Terdahulu, Ustaz Nazari telah mengetuai dan meneruskan kesenambungan program ziarah dan bantuan yang di adakan pada setiap minggu dengan agihan sumbangan kepada fakir miskin kepada keluarga terbabait.
Program berakhir dengan program “shopping raya” pada 25 orang kanak-kanak terpilih dari golongan susah bersama keluarga mereka di pasaraya Desa Murni,Gong Kapas pada Sabtu.




























