Oleh : Noreni Abu Bakar
DUNGUN – Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang telah mengambil inisiatif mengadakan Majlis Sumbangan Ramadhan Fakir Miskin dan Anak Yatim Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang.
ADUN Rantau Abang Cikgu Alias Harun berkata, ia untuk meringankan beban dan memberi peluang agar mereka yang dihimpit kemiskinan serta anak-anak yatim dapat bergembira menyambut Ramadhan dan Syawal yang bakal tiba .
“Sekarang ni rakyat yang susah bertambah ramai, cukai barang dan perkhidmatan (GST) menjadikan harga barang naik mendadak, pengangguran berleluasa, pekerjaan susah dapat,
“jadi sebagai wakil rakyat saya rasa menjadi tanggungjawab saya membantu sekurang-kurangnya meringankan sedikit bebanan mereka,”ujarnya pada Majlis tersebut 18 Jun.
Beliau berkata, Program itu telah diadakan saban tahun sejak PAS memenangi DUN Rantau Abang pada Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) tanpa bantuan kerajaan.


[Gambar kiri ; Cikgu Alias Harun turut menemani anak-anak yatim yang menerima membeli ‘baju raya’]
“walaupun dinafikan peruntukan ADUN, program kebajikan terus dilaksanakan…………dan saya mengucapkan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang yang budiman dan dermawan,
“sehingga majlis ini dapat dijayakan dengan seadanya dimana kami, bagi pihak Pusat Khidmat berdoa Allah memberikan ganjaran pahala yang berganda buat mereka,”jelasnya.
Turut hadir dalam Majlis itu ialah ADUN Sura Cikgu Wan Hapandi Wan Nik yang mewakili Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli.
Seramai 500 orang fakir miskin dan 160 orang anak yatim menerima bantuan masing-masing, yang melibatkan kos hampir RM66,000.00.
Sehubungan itu, beliau berkata, berbanding tahun lepas, sumbangan untuk setiap penerima terpaksa dinaikkan memandangkan harga barangan dan keperluan bertambah mahal harganya.
Justeru beliau menyeru orang ramai yang prihatin terus menyumbang kepada Lajnah Kebajikan DUN agar lebih banyak bantuan dapat disalur kepada mereka yang memerlukan.
Sumbangan boleh dibuat terus kepada Lajnah Kebajikan DUN Rantau Abang melalui akaun 13044010042810 BIMB




























