Tan Sri Khalid Menyeru Rakyat Mengundi PAS

1808

SUNGAI BESAR – Pada hari Sabtu 18hb Jun, esok adalah hari yang menjadi tanggungjawab kepada semua mereka-mereka yang tersenarai dalam senarai pengundi-pengundi di Sungai Besar dan Kuala Kangsar adalah untuk membuang undi.

DSC_0835Mentan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menyeru mereka agar mengundi calon-calon PAS yang bertanding.

“Saya bagi pihak rakan-rakan dari PAS, terutama Dr. Rani, calon yang saya anggap sesuai untuk menjaga kawasan Sungai Besar.

“Jadi saya harap mendapat sokongan dan beliau sudah memberi sumbangan lebih daripada 6 tahun menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri yang sentiasa peka tentang keharmonian dan kejayaan rakyat di Negeri Selangor.

DSC_0855“Jadi saya tidak ada halangan untuk memperkenalkan dan meminta pengundi-pengundi Sg. Besar memilih beliau,”tegasnya.

Beliau berkata demikian kepada pihak media selepas bersama calon PAS, menemui para pengunjung dan penjual Bazaar Ramadan di pasar Sekincan.

Sehubunga itu, walaupun beliau tidak terlibat dengan kempen di Kuala Kangsar, beliau menyokonh calon PAS Dr. Najiha dan menyifatkan ia adalah pilihan terbaik bagi bagi penduduk Kuala Kangsar.

DSC_0875“Di Kuala Kangsar saya tidak terlibat, walau bagaimanapun, saya rasa pemilihan di Kuala Kangsar oleh PAS, seorang doktor, dan bersama saya juga Dr. Halimah,

“yang juga seorang doktor juga yang telah menunjukkan satu karier atau satu profesion yang sangat senang dengan rakyat.

Jadi kalau kita dapat memilih, seorang doktor bukan saja dia boleh mengubat rakyat tapi menolong mencari jalan pembangunan di Kuala Kangsar.

“Walaubagaimanapun saya percaya pemilihan yang dibuat oleh pihak PAS adalah pemilihan yang betul supaya mereka-mereka yang dipilih adalah yang dapat menunaikan tanggungjawab mereka.,”jelasnya

https://youtu.be/R4t25KfTj34