Jambatan Manong; Janji Basi BN

1807

KUALA KANGSAR – Pengundi Kuala Kangsar khususnya 10, 000 orang penduduk Manong benar-benar perlu menghantar isyarat protes kepada Barisan Nasional (BN) dengan menolak parti itu dalam pilihan raya kecil kali ini.

Naib Presiden PAS YB Ustaz Idris Ahmad PAS menyifatkan janji Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak untuk membina jambatan Manong hanyalah janii-janji manis menjelang pilihan raya.

“apa yang merungsingkan kita adalah rakyat terus dibuai dengan janji-janji manis……akhirnya rakyat juga yang menanggung penderitaan,

IMG-20160525-WA0005 (2)“dah banyak kali (berjanji) dan setiap kali kita lihat nyawa ribuan penduduk yang terdiri dari warga emas, ibu bapa dan kanak-kanak yang berulang alik meggunakan khidmat bot untuk menyeberang sungai, menjadi pertaruhan (janji) politik (BN),”tegasnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama calon PAS Dr.Najihatussalehah Ahmad di markas besar piihan raya PAS Kuala Kangsar.

Turut sama adalah Pesuruhjaya PAS Perak Haji Razman Zakaria.

Pada 6 Oktober, 2013, dipetik dari laman Majlis Ahli Parlimen Malaysia, bekas wakil rakyat BN Allahyarham Wan Khair-il sudah membuat janji yang serupa.

Beliau berkata mahu meletakkan usaha keras membela nasib lebih 10,000 penduduk di kawasan Manong yang memerlukan sebuah jambatan bagi menyeberangi Sungai Perak.

“jambatan itu telah lama diperjuangkan tetapi masih belum tertunai, bagaimanapun saya difahamkan projek itu sudah dimasukkan dalam pelan pembangunan dan dijadikan projek keutamaan,”katanya.

IMG-20160525-WA0006Menurut Allahyarham Wan Khair-il, dengan adanya jambatan yang dianggar bernilai RM60 juta tersebut penduduk akan mudah berurusan dengan pihak-pihak jabatan kerajaan.

“Ianya juga akan mempercepatkan usaha pihak berkuasa keselamatan seperti polis dan bomba untuk memberi bantuan kecemasan bila diperlukan kerana sekarang pihak tersebut terpaksa mengambil masa hampir setengah jam untuk berada di kawasan tersebut.”ujar beliau.

Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai Haji Hanafiah Mat menyifatkan janji Najib mahu membina jambatan itu dengan kos RM47.3 juta sebagai sebuah ‘janji basi Perdana Menteri’.

Katanya, BN pernah berjani dalam pilihan raya kecil Kuala Besut tahun 2013 untuk membina ‘Gerbang Pelancongan’, tetapi sehingga kini, tidak ditunaikan.

“ia hanya janji pilihanIMG-20160610-WA0046 raya……..seperti janji di Kuala Besut untuk bina ‘Gerbang Palancongan’ RM250 juta……tapi sampai sekarang tak ada apa-apa,”ujar Timbalan Pengarah Pilihan Raya PAS Terengganu itu.

Beliau yang sedang mengetuai kontinjen PAS Terengganu dalam PRK Kuala Kangsar berkata, BN juga pernah berjanji untuk mengujudkan sebuah pekan kecil di kampung Menora.

“semak Utusan Malaysia tahun 2014, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Chandan, Mazlin Sham Razman berkata, kawasan terbabit dikenal pasti sebagai berdaya maju untuk dibangunkan sebuah pekan kecil,

“tapi saya tak nampak mana-mana pekan di Kampung Menora,”jelasnya