KUALA KANGSAR – Pelbagai pihak menyokong usaha PAS membawa usul Rang Undang-undang Akta 355, ke Parlimen untuk menaikkan taraf mahkamah syariah, termasuk Yang DiPertuan Agong.
Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, sokongan tersebut diterima PAS setelah membuat perundingan dengan kerajaan diatas nama orang Islam.


“maka hakim-hakim yang berugama Islam, pihak Jabatan Peguam Negara yang berugama Islam, pensyarah-pensyarah yang berugama Islam, mufti-mufti termasuk mufti negeri Perak,
“termasuk raja-raja dan Yang DiPertuan Agong dalam titahnya Mac lalu, menyokong supaya dinaikkan taraf mahkamah syariah,”tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah di Padang RPA 4, dekat sini semalam, beberapa jam sebelum penamaan calon PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
Oleh itu, katanya, sekiranya PAS menang pada PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar, kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan jatuh, tetapi ia akan menguatkan suara Islam di Parlimen.


“kita nak Dr.Najihah menjadi ahli Parlimen, tolong kita (mengundi calon PAS supaya) bercakap dengan hujah-hujah mendokong perjuangan kita……….in sha Allah orang Umno akan sokong juga,
“supaya lebih kuat lagi, biarlah wakil rakyat PAS ramai……..kalau kita menang di Kuala Kangsar dan di Sungai Besar (pun) BN tak jatuh, tetapi suara Islam lebih kuat,”jelasnya.
https://youtu.be/T0fbGkRIuII




























