Muslimat Azam Melestari Gagasan BPMS

1071

Oleh : Haida dan Raihanah

KOTA BHARU – Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) berazam melestari strategi Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang merupakan gagasan Presiden PAS, YB Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Lantaran dengan itu, beliau menyeru kepada semua pimpinan dan ahli muslimat di semua peringkat memahami dan bersiap siaga menggerakkan aktiviti parti mengikut strategi BPMS bagi merealisasikan gagasan ini.

IMG_20160603_151103Terdahulu beliau melafazkan syukur yang tidak terhingga atas ilham yang digagaskan Presiden PAS ini serta menyatakan bahawa DMPM menyokong penuh gagasan BPMS dalam usaha menguasai politik negara.

“Apa yang ustazah boleh sebut adalah, ustazah mengucapkan syukur terhadap Allah S.W.T. Bagi ustazah inilah keuntungan pada PAS yang dipimpin oleh pemimpin yang berjiwa Islam yang memahami Islam itu sendiri.

“Jadi insyaa Allah, dia steady sebab Al-Quran itu sendiri dipandu dan diturunkan oleh Allah Taala. Jadi, ustazah gembira, dan alhamdulillah ustazah sangat bersyukur kepada Allah S.W.T atas ilham yang Allah berikan kepada Dato’ Seri Presiden,”luahnya

Tambahnya lagi, ucapan ini menunjukkan hikmahnya kita PAS dipimpin oleh seorang yang berpegang penuh dengan agama Allah SWT.

Oleh hal demikian, kata beliau, kita lihat apa yang disampaikan oleh Dato’ Seri Presiden menjelaskan tentang kehendak Islam itu sendiri terutamanya dalam suasana sekarang ini, musuh-musuh sedang mencari apa sahaja kesalahan pejuang-pejuang islam ataupun kesalahan Islam itu.

IMG_20160603_151211“Apa-apa kesalahan di dunia ini, mereka semua nak mengaitkan dengan Islam itu sendiri sedangkan kita lihat, sebenarnya, ia adalah suatu yang lunak, yang mana Islam itu adalah rahmatan lil alamin

“dan memang menggambarkan bahawa Islam itu adalah penyelesaian kepada permasalahan ummat kerana Islam itu diturunkan oleh Allah, bukan direkacipta oleh manusia itu sendiri,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas perasmian Muktamar PAS Kali Ke-61 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan semalam 2 Jun.

Ditanya mengenai PAS tidak lagi menggunakan konsep menyerang, sama ada hal ini diterjemahkan oleh muslimat dalam membantu calon PAS di Kuala Kangsar, beliau mengulas,

“Setakat ni muslimat ni bersifat lembut, kita muslimat memang tidak outspoken dan kita tengok muslimat ni tak ada kontroversi,

“jadi insyaa Allah kita akan teruskan lagi terutamanya dengan panduan yang sah dijelaskan lagi oleh pihak parti itu sendiri. Insyaa Allah”.