Terengganu, Malaysia

Jambatan Seberang Manong; 10,000 Penduduk ‘Tagih Janji’ Umno

Jambatan Seberang Manong; 10,000 Penduduk ‘Tagih Janji’ Umno

KUALA KANGSAR – Walaupun kawasan Parlimen Kuala Kangsar (P067) sebelum ini mempunyai wakil rakyat berjawatan menteri kanan, namun hasrat rakyat di kawasan Manong mahukan sebuah jambatan masib belum menjadi kenyataan.

IMG-20160525-WA0007Lebih 10,000 orang penduduk, sehingga kini, masih terpaksa ‘menghadapi risiko’ menggunakan bot penambang untuk menyeberangi Sungai Perak.

Allahyarham Datuk Wan Muhammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang dipilih sebagai ahli parlimen pada pilihan raya umum kali ke-13 (PRU-13) juga berjanji, akan membina jambatan tersebut.

Sebaliknya, sehingga beliau menunggal dunia dalam nahas helikopter di Sarawak awal bulan ini, janji-janji pemimpin Umno itu masih belum terlunas.

Penduduk setempat yang ditemui berkata, isu jambatan tersebut merupakan isu utama bagi penduduk Seberang Manong.

IMG-20160524-WA0103“Isu utama Seberang Manong ini ialah isu jambatan, saya ingat dah lima penggal Rafidah Aziz pegang disini dah berjanji untuk menghubungkan Seberang Manong ke Pekan Manong,

“dan kemudian arwah Wan Khair-il pun ada berjanji dalam PRU-13 nak bina jambatan tu, tapi sampai sekarang tiada lagi wujud jambatan tu,”ujar anak tempatan Mohd Afdillah.

Kakitangan sebuah perbadanan di bandar Kuala Kangsar itu berkata, beliau sudah mendengar ‘cakap-cakap’ tentang kerajaan Barisan Nasional (BN) mahu membina jambatan itu sejak dari kecil lagi.

IMG-20160525-WA0006Sehingga beliau berumur 32 tahun pada hari ini, menurutnya, ‘tiang jambatan’ piun tidak kelihatan.

“Saya dengar orang dulu kata hampir 60 tahun dah jambatan tu nak dibina, tapi tidak dibina lagi,

“kata kawan-kawan ada masuk Buletin TV3, hendak buat jambatan. Setiap pilihanraya, dari masa saya budak-budak (janji) hendak buat jambatan,”kata anak muda itu.

https://youtu.be/A5tDH_6S2hs

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan