Oleh : Mohd Ridhuan Che Husin
SELAYANG – Sebagai menghargai jasa-jasa pihak Bomba, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan, meraikan mereka dalam satu majlis jamuan makan sempena Hari Bomba bersama anggota Bomba.
Program yang berlangsung di Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Selayang itu turut disertai dari enam pasukan Bomba; Pejabat Zon Hulu Selangor, Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia, Balai Bomba dan Penyelamat Selayang, Balai Bomba & Penyelamat Gombak Selatan, Pasukan Bomba Sukarela Kampung Simpang 3 Gombak, Pasukan Bomba Dan Penyelamat Sukarela Kepong Selangor dan Pasukan Bomba Sukarela Kepong dan Batu Kuala Lumpur.
Majlis itu kali pertama bagi peringkat Dun Gombak Setia yang dianjurkan oleh Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gombak Setia sebagai menghargai pengorbanan pihak Bomba.


Hasbullah memuji tindakan pantas pihak bomba dan perkara ini tidak dapat dilakukan oleh orang biasa melainkan dengan bantuan pihak Bomba dengan cara luar biasa.
Harun b. Saili, Pegawai Bomba Kanan (PBK II) Selayang merangkap pemangku Ketua Balai Selayang memuji sikap YB Hasbullah yang sentiasa turun padang dan menjadi antara orang pertama sampai ke tempat kejadian bagi mendapatkan maklumat dan perkembangan ketika bencana berlaku di kawasan beliau.
Beliau juga terharu kerana walaupun kesibukan wakil rakyat sanggup mengadakan majlis makan menghargai jasa Bomba.
“YB juga sentiasa membantu menyalurkan bantuan dari segi pembekalan jamuan untuk para petugas, dan tempat penginapan sementara bagi mangsa kebakaran atau bencana” Harun berkata ketika berucap di dalam majlis tersebut.
Dalam majlis yang serba ringkas itu juga disampaikan cenderahati dan hamper tanda ingatan.




























