PAS akan mengenengahkan calon-calon yang ‘bertenaga’ dalam pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Presidennya Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata Syura Ulamak PAS telah meluluskan nama-nama itu dalam mesyuaratnya.
“Nama-nama sudah diluluskan Majlis Syura’ Ulama’ semalam, nama-nama dah ada.Tunggu hari pengisytiharan.
“Kita akan buat pengisytiharan. Kita akan buat pengisytiharan sebelum penamaan calon,”jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Makan Malam anjuran Badan Perhubungan PAS Terengganu di Shah Alam pada Sabtu 15 Mei.
Ditanya lanjut tentang calon itu samada ‘tua atau muda’ beliau menjawab ia adalah seorang calon yang ‘bertenaga’.
Mengulas komen Tan Sri Anuar Musa yang meminta PAS beri laluan kepada BN, sebagaimana BN memberi kemenangan percuma kepada PAS di DUN Cempaka, beliau berkata Malaysia adalah negara demokrasi.
“kita mesti menerima pandangan semua pihak yang diambil daripada parti-parti politik. Kita tidak boleh halang mana-mana parti politik.
“PAS ada mesej yang tersendiri.PAS merasakan ini tanggungjawab untuk menyampaikan mesej yang lebih kuat, untuk pilihanraya akan datang,
“maka kita perlu menang di Sungai Besar dengan Kuala Kangsar,tegasnya.
Katanya, walaupun PAS sedar pilihan raya bermakna berdepan dengan jentera kerajaan bukan berdepan dengan parti Barisan Nasional
namun tidak mustahil PAS boleh menang.
“Kerajaan akan mengerahkan jentera-jentera kerajaan, pegawai-pegawai kerajaan dan alat-alat dia, pilihanraya tidak seimbang, padang tak sama rata,
“namun tak mustahil kita menang. Kita pernah menang di Arau, pernah menang di Kuala. Terengganu, pernah menang di beberapa tempat lagi,”ujarnya yakin.










