Terengganu, Malaysia

PAS ‘Sangat Patut’ Bertanding Di DUN Bandar

PAS ‘Sangat Patut’ Bertanding Di DUN Bandar

KUALA TERENGGANU – Berdasarkan maklumat yang diperolehi oleh PAS negeri, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar, wajar ditandingi oleh parti itu pada pilihanraya akan datang.

Menurut Timbalan Pesurujaya II, Haji Yahaya Ali, pihak Perhubungan Negeri telah nengadakan lawatan ke bilik gerakan DUN tersebut tidak berapa lama dahulu.

“Ada (lawatan yang kita buat) dan kita dapat maklumat dari bilik gerakan, secara peribadinya saya merasakan DUN Bandar sangat patut diberi kepada PAS,”ujarnya.

SAMSUNG CAMERA PICTURESBeliau berkata demikian ketika ditemui selepasmerasmikan Himpunan DUN Bandar Bersama Masyarakat (BERKAT 1.0) yag diadakan diperkarangan Pasar Cabang Tiga di sini pada Sabtu 14 Mei.

Beliau turut menempelak pimpinan Parti Keadikan Rakyat (PKR) Terengganu yang disifatkannya sebagai ‘cakap tidak berlapik’.

“saya tadi hanya respon kepada satu kenyataan yang dibuat oleh parti lain, menyatakan dia akan bertanding di 32 DUN di Terengganu, saya respon tu, kalau dia menyebut begitu atas nama pimpinan PKR negeri khususnya,

“kita bercakap tu kena berlapik, kalau kata dia betul-betul bersedia bertanding di 32 DUN, PAS ni jauh lebih bersedia,”tegasnya.

Katanya, penyerahan DUN Bandar untuk ditandingi oleh PKR adalah satau ‘pengorbanan’ yang patut dihargai.

Tetapi sebaliknya, kata beliau, apabila telah dipilih sebagai wakil rakyat, pemimpin tersebut tidak menilai pengorbanan ahli-ahli PAS itu.

SAMSUNG CAMERA PICTURES“apa yang saya sebut tadi ialah kisah lama bagaimana pengorbanan PAS untuk menyerahkan DUN Bandar ini, sebenarnya bukanlah satu pengorbanan yang kecil,

“oleh kerana calon datang pada pada masa itu sehelai sepinggang dan merayu dalam keadaan tidak ada jentera, tidak ada petugas, tidak ada kewangan,

“tentulah sebenarnya yang berlaku yang kita katakan (biar) cermat sikit bercakap, takkan bila jadi wakil rakyat (tidak ingat kisah itu),”tegasnya.

Mengulas persiapan PAS Terengganu bagi menghadapi dua PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Mantan Pengarah Pilihan Raya PAS Negeri itu berkata, beliau difahamkan PAS Terengganu akan bertugas di Kuala Kangsar.

“Sebagaimana biasalah kita akan menghantar petugas-petugas mengikut jadual masing-masing mengikut kawasan-kawasan dan juga dewan-dewan,

“cuma pilihanraya ini berlaku pada 18 Jun, persiapan kita, kita bersaing lebih besar berbanding di Sarawak dan ini akan kita laksanakan dalam politik tidak stabil. memerlukan kekuatan yang lebih besar,”katanya.

Kedua-dua kawasan parlimen itu, tambah beliau, adalah kawasan ‘tradisi’, dan berharap tidak ada parti-parti lain yang ‘kacau daun’, atas apa alasan sekalipun.

https://youtu.be/pOxVKeKPFgg

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan