Dari Meja Rusila | Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Beriman Kepada Hari Akhirat.
1. Allah memberi kelebihan kepada rasul melihat sesuatu yang tidak dilihat oleh orang lain seperti melihat orang yang diazab di dalam kubur. Dan nabi minta jauh daripada azab kubur, azab neraka.
2. Ujian ada yang nampak dan ada yang tidak nampak. Ujian yang nampak ada senang dan susah. Ujian yang susah seperti dirompak. Ujian yang senang seperti kemewahan dan lain-lain. Ujian yang tak nampak adalah was was syaitan. Kadang-kadang ada orang nak bantu kita, padahal mereka ada niat jahat kepada kita, perangai iblis juga, kita tak nampak.
3. Nabi menjanjikan pembukaan bandar Konstantanple (Rom Timur) dan Rom Barat (Itali). Rom Timur telah dibuka oleh Sultan Muhammad Al Fateh, adapun Rom Barat belum lagi dibuka. Dan antara tanda kiamat ialah rom Barat dibuka oleh Islam. Ketika Al-Fateh menang, nama bandar ditukar sebagai Islam Bol. Abu Ayub Al Ansari dikuburkan di Islam Bol.
4. Binatang boleh mendengar suara orang yang disiksa didalam kubur. Haiwan tidak berakal, manusia berakal. Allah jadikan akal supaya berfikir. Dan Allah menguji manusia dengan perkara ghaib. Ulama menyatakan ada empat jenis hidayah ;
a) Hidayah fitri (sifat semulajadi). Hidayah ini ada kepada semua makhluk, sebab itu makhluk boleh bertasbih.
b) Hidayah Hawas (sifat pancaindera) sebab itu anak kecil sakit dia menangis.
c) Hidayah akal, Allah ganjarkan kepada manusia untuk berfikir tentang agama.
d) Hidayah Din, hidayah daripada Allah.
5. Iblis cerdik. Tengok syurga, boleh bercakap dengan Allah. Lebih lagi dari ulama’ tasawuf manusia. Tetapi apabila sombong, Allah tidak menganugerahkan hidayah agama kepada Iblis.
Fiqh Harakah.
1. Dasar, prinsip dan matlamat semua rasul ialah menolak Thaghut dan mengajak beriman kepada Allah. Yang terkandung dalam dua kalimah syahadah. Thaghut ialah melampau melawan Allah sama ada zat atau sifat Allah, uluhiyyah, rububiyyah Allah, Asma’ dan sifat Allah.
2. Zaman Abbasiah, perbahasan aqidah adalah berlegar pada sifat dan ketika itu, mereka sudah memahami uluhiyah Allah, rububiyyah Allah dan Asma’. Maka sebab itu ulama’ ketika itu sibuk menjawab falsafah darisudut sifat Allah. Kena mengaji uluhiyyah, rububiyyah Allah. Kerana ianya daripada Quran. Ada dalam kitab-kitab tafsir, seperti Tafsir Tabari. Berapa kerap sahaja dalam kalangan kita yang mengaji tafsir.
3. Masalah halal dan haram Allah tetapkan kerana yang halal mesti mendatangkan kebaikan, dan yang haram tentu mendatangkan kerosakan. Sebab Allah sayangkan hamba-Nya.
4. Melampaui Allah disebut taghut. Nabi mengetahui perkara ghaib apabila diberitahu kepada Allah. Ditanya kepada nabi mengenai roh, maka Allah menyuruh nabi menjawab ini utusan Allah. (Seperti firman Allah ;
وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِ ۖ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُمْ مِنَ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا
Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: “Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja”.)
Begitu juga nabi tidak tahu tentang tarikh sebenar kiamat kerana tidak diberitahu oleh Allah.
5. Taghut juga ialah meletakkan sifat Allah kepada makhluk. Tugas nabi mengajak meninggalkan kerajaan yang tidak menegakkan syariat Allah. Setiap yang melampaui Allah kita kena tolak kerana ini risalah para nabi. Sama sahaja. Yang berbeza hanyalah syariat.
6. Orang putih ambil daripada Islam cuma mereka buang bab dosa pahala. Selepas perang dunia, jutaan mati, orang kafir bermesyuarat macam mana nak gubal undang-undang antarabangsa, mereka merujuk Quran.
7. Nabi membuat bank. Ketika sebelum hijrah, nabi menyimpan harta secara mudhorabah bukan secara riba, dan harta yang disimpan mesti dipulangkan kepada pemiliknya balik. Orang kafir pun minta nabi simpan duit mereka.
8. Apabila lawan nabi, dunia akan menjadi kacau. Disini Allah suruh nabi menegakkan ajaran Allah dan menentang taghut.
Tafsir Quran | Surah Al Falaq.
Al Falaq ialah waktu subuh.
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ
Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk (ialah waktu subuh).
مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ
“Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan;
وَمِنْ شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ
“Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk;
وَمِنْ شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ
“Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan);
وَمِنْ شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ
“Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”.
1. Surah makiyyah yang diturunkan di Makkah. Yang berkait dengan akidah. Yang menyuruh orang
Islam bergantung dengan Allah. Berlindung kepada kejahatan yang dapat dilihat dan tidak dapat dilihat. Allah menurunkan ayat ini mengajar umatnya.
2. Aku berlindung dengan Tuhan yang mencipta waktu subuh. Bermulanya cerah selepas berlakunya malam. Berlindung daripada kejahatan apa yang diciptakan. Sama ada jin, manusia, binatang atau makhluk yang tidak dapat dilihat. Berlaku pertembungan antara baik dan jahat. Maka orang baik menjadi mangsa. Maka diminta supaya berlindung daripada segala-gala kejahatan yang dicipta-Nya.
3. Waktu gelap (malam) kerana ketika itu nak mencuri mudah pada waktu malam. Kita minta kepada Allah melindungi kita, kerana Allah memiliki siang dan malam.
4. Minta jauh daripada sihir. Antara sihir digunakan simpul. Sihir untuk memisahkan suani dan isteri. Nabi disihir dengan menggunakan simpulan. Nabi merasa terikat dengan 11 ikatan. Ada barang yang diletak dalam telaga, nabi minta sahabat ambil. Apabila dibaca surah ini, terbebas ikatan satu persatu.
5. Ahli sihir tidak boleh memberi mudharat. Akhir zaman kuat lagi sihir. Sihir dajjal, apabila disuruh turun hujan, maka turun hujan. Kalau ikut Dajjal, habis lah kita. Ada orang dia puja jin laut, akhirnya boleh ikan banyak. Allah jadikan alam dunia dan akhirat. Sekejap sahaja dunia. Hendaklah utamakan akhirat. Orang yang nak kejar dunia lah yang menggunakan sihir.
6. Kita berlindung daripada Allah daripada orang yang dengki dan sifat dengki Dengki bermaksud mahu menghilangkan nikmat daripada orang. Adapun jika kita hanya mahu nikmat orang lain berada pada kita tanpa mahu menghilangkan nikmat daripada mereka maka itu tidaklah dipanggil sihir.
Abdul Latif Al Marangi,
6 Mei 2016.





























