Oleh : NM
SAMARAHAN – Kehangatan kempen di Dun Muara Tuang mulai terasa bahangnya apabila isu tempatan mulai menjadi perbualan ramai penduduk tempatan di sekitar Jeti di sini.
Perkhidmatan feri yang telah berusia puluhan tahun di Batang Samarahan, Muara Tuang adalah nadi perhubungan untuk ke Asa Jaya.
Penduduk tempatan sedar adanya projek jambatan di Batang Samarahan ini dan masih dalam pembinaan.
Ramai berkata projek ini akan siap pada tahun 2016 berdasarkan percakapan orang ramai.
Mereka tidak tahu tarikh sebenarnya akan siap kerana cerita jambatan ini sudah lama didengar sejak tahun 2013 lagi.
Seorang peniaga gerai makan di sekitar jeti ini memberi tahu, hanya dengar cerita jambatan ini dari orang ramai yang sering bercakap di kedai kopinya.
Beliau mengaku tidak pernah sampai di tempat projek itu. Menurut Akishah Dolet, 57, cerita jambatan ini akan siap tahun depan biasa menjdi bualan.
“Saya hanya dengar cerita dan tidak pernah sampai di sana . Tidak jauh dari sini, di kampung Baru dan hanya beberapa minit dari jeti ini. Orang kata akan siap tahun depan 2016, tapi saya tak pasti”, ujarnya.
Menurutnya lagi kegiatan di Jeti ini sibuk dengan kenderaan yang hendak ke Asa Jaya dan Sadong Jaya.
Jika air surut, kegiatan penambang akan aktif membawa motosikal dan dikenakan bayaran RM2 sebuah.
“50 sen untuk penumpang dikenakan berbeza, percuma jika menggunakan feri. Tapi perkhidmatan feri bergantung kepada pasang surut Sungai Samarahan”. Katanya lagi.
Manakala seorang lagi penduduk yang enggan dikenali memberi tahu, tidak tahu bila jambatan ini akan siap.
“Jambatan ini masih dalam pembinaan, kalu tidak salah ianya baru tahun lepas dimulakan kerja awal walaupun kerajaan sudah lama berjanji nak bina,”ujarnya.
Kelulusan pembinaan jambatan ini diumumkan oleh Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Dato’ Sri Michael Manyin Jawong pada bulan November 2013 dan bernilai RM150juta, dan dijangka siap pada tahun 2016 atau 2017.
Calon Barisan Nasional Dun Muara Tuang, Dato’ Idris Buang yang ditemui pemberita di Jeti Muara Tuang hanya menjawab ringkas mengenai jambatan ini. Beliau hanya menjawab jambatan ini sudah dalam pembinaan.
Manaka
la calon PAS, Zulkipli Ramzi yang ditemui semasa bersama mengiringi Presiden PAS beramah mesra dengan penduduk setempat di jeti Muara Tuang memgesahkan pembinaan jambatan ini tetapi memperingatkan pihak kerajaan agar tidak menjadikan pembinaan jambatan ini sebagai umpan dan gula-gula kepada pengundi.
“Banyak projek lain terhenti dan perlahan pembinaannya, apabila ada pilihraya baru nampak berjalan. Projek jambatan Batang Samarahan ini pun sudah banyak kali dibuat majlis perasmiannya”. Ujarnya .
“Kita harapkan kerajaan serius dalam hal pembinaan jambatan untuk kemudahan rakyat, bukan kepentingan politik sahaja. Semua orang tahun cadangan pembinaan ini sudah lama diumumkan. Sepatutnya sudah siap”, Katanya lagi, sambil memohon maaf kerana terpaksa bergegas ke tempat lain.










