Terengganu, Malaysia

Ahli Parlimen Hulur Sumbangan Bantu Kanak-Kanak Jantung Berlubang

qVQWTpvx

Oleh : NM

DUNGUN – Seorang kanak-kanak yang mengidap penyakit jantung berlubang mendapat perhatian Ustaz Wan Hassan Md Ramli di kampung Shukur, Hulu Dungun.

Kanak-kanak malang ini akan menjalani pemeriksaan lanjutan sebelum pembedahan dalam masa terdekat di Hospital Universiti Sains Kubang Kerian Kelantan.

Kunjungan Ahli Parlimen Dungun ini, sehari sebelum keluarga kanak-kanak malang mendapat rawatan susulan mampu meringankan sedikit bebanan keluarga ini.

Bapa mangsa Zakaria bin Abdul Rahim, 48, melahirkan raya terharu dan terima kasih atas kunjungan dan batuan ini.

Beliau yang berkerja sebagai buruh kasar di sekitar kampung, hanya berpendapatan sekitar RM800 sebulan dan tidak menentu.

NGLC+TdjMenurut Yang Berhormat Ustaz Wan Hassan, beliau dimaklumkan tentang kesulitan keluarga mangsa ini beberapa hari lalu dan bersegera menemui keluarga ini.

“Saya difahamkan mereka akan bertolak ke Kelantan untuk rawatan lanjut. Pastinya memerlukan perbelanjaan perjalanan. Kita bantu sedikit sebanyak meringankan keluarga ini”.

“Jika mereka perlukan pengangkutan, Insha’Allah kita akan uruskan kerana kita di Parlimen Dungun memang menyediakan perkhidmatan kepada penduduk yang menghadapi masalah seperti ini. Tadi mereka kata sudah ada kenderaan sendiri untuk kesana,”Ujar beliau

Beliau juga mendoakan kanak-kanak malang ini, adik Zazwie binti Zakaria 8, mendapat rawatan sewajarnya di sana nanti. Jika pihak keluarga mengizinkan pihak beliau akan mengadakan solat hajat khas buat kanak-kanak ini.

Manakala ibu kanak-kanak ini, Sharipah Binti Mohamad 38, memberitahu anak ketiga daripada empat beradik ini sihat dan sangat aktif. Beliau menawarkan untuk pergi menjemput adik Zazwie yang sedang bermain di padang berhampiran untuk ditemukan kepada Ustaz Wan Hassan, tetapi Ahli Parlimen Dungun itu menolak agar tidak menganggu adik Zazwie dari beriadah.

” Dia sihat, sebelum ini doktor memaklumkan lubang sebesar duit syiling 50sen dikesan di jantung anak saya. Jadi esok mereka perlu buat pemeriksaan lanjut bagi menentukan rawatan terbaik untuk anak saya”. Ujarnya.

Ditanya berapa lamakah rawatan ini, beliau tidak tahu dan mungkin berada di Kelantan beberapa hari.

Beliau juga memaklumkan anaknya juga ada mendapat bantuan jaminan untuk urusan tangunggan kos pembedahan oleh beberapa pihak seperti Maidam dan tabung pasakit kronik.

Gw2YQu+MManakala seorang wakil penduduk yang banyak membantu keluarga ini dari segi memudahkan permohanan mendapatkan bantuan memberitahu beliau banyak membawa masalah keluarga kanak-kanak ini kepada beberapa pihak agar mendapat pertolongan sewajarnya sebelum ini.

Abdul Karim bin Mohammad, yang berasal di Kampung ini mengucapkan terima kasih atas kunjungan dan bantuan ini.

“Terima kasih Ustaz, saya tidak tergamak melihat penderitaan kanak-kanak ini dan keluarga mangsa yang berpendaptan rendah.

“Jadi saya sudah sedaya upaya usahakan supaya bantuan sepatutnya diterima keluaga ini. Alhamdulillah banyak pihak membantu memudahkan urusan ini,”Ujarnya ditemui semasa mengiringi YB Ustaz Wan Hassan.

Turut bersama-sama dalam kunjungan ini ialah Pengarah Majlis Tindakan Dun Bukit Besi, Haji Ghazali Sulaiman, Timbalan Pengarah MTD, Naraza Muda dan wakil Pemuda Pas Dun Bukit Besi, Mohd Ridhuan Yusof.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan