Terengganu, Malaysia

Pekebun Kecil Rugi Akibat Kebakaran

Kebun petani musnah akibat kebakaran

MIRI – Akibat kebakaran belukar yang tidak dapat dikawal, bukan saja menyebabkan masalah jerebu tetapi ianya juga menyebabkan para petani dan pekebun kecil menghadapi kerugian yang besar.

Pesuruhjaya PAS Sarawak Haji Jofri Jaraiee berkata, banyak hasil petanian mereka musnah akibat kebakaran belukar .

Kebun petani rosak akibat kebakaran“Mereka mengadu pada PAS yang mereka menghadapi kerugian yang besar kerana hasil petanian mereka musnah dan mereka juga menghadapi kesukaran untuk bernafas akibat jerebu yang tebal dalam kawasan petanian mereka,

“Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera menangani masalah ini dari berterusan kerana sekiranya ianya tidak dikawal dengan baik,

“bukan saja masalah jerebu yang boleh menjejaskan kesihatan penduduk sekitar bahkan menyebabkan mereka menghadapi kerugian sekiranya hasil petanian mereka musnah,”tegas Jofri.

Katanya, musim kemarau yang berpanjangan ini bukan saja boleh menyebabkan kebakaran belukar sukar dikawal bahkan ianya boleh menyebabkan keselamatan para petani dan mereka yang tinggal berdekatan dengan belukar terancam.

Justerub itu, katanya, pihak berkuasa perlu mengawal kebakaran belukar ini dari berpanjangan dan pihak bomba perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan agar masalah ini dapat diatasi dengan segera.

“Jerebu yang boleh menjejasan kesihatan penduduk di bandaraya Miri perlu ditangani sebaik mungkin. Cari jalan penyelesaian terbaik untuk mengatasi masalah ini demi keselematan dan kesihatan penduduk.

“Kerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengatasi masalah ini dengan segera amat dihargai,”tambah beliau

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan