Dari Meja Rusila | Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Beriman Kepada Hari Akhirat | Fitnah Kubur.
1. Sesiapa yang mahu beriman dipersilakan, dan sesiapa mahu kufur, dipersilakan tetapi mesti ingat kita akan dihimpunkan.
2. Barzakh bermaksud sempadan. Kubur ialah tempat persinggahan pertama. Dan dalam kubur ada ujian. Fitnah kubur ialah ujian kubur. Firman Allah ;
أَمْ حَسِبَ الَّذِينَ اجْتَرَحُوا السَّيِّئَاتِ أَنْ نَجْعَلَهُمْ كَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ سَوَاءً مَحْيَاهُمْ وَمَمَاتُهُمْ ۚ سَاءَ مَا يَحْكُمُونَ
Patutkah orang-orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa Kami akan menjadikan mereka seperti orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dengan menyamakan keadaan (mereka semua) semasa mereka hidup dan semasa mereka mati? Buruk sungguh apa yang mereka hukumkan itu.
(Surah Jasyiah :21).
Ayat ini menyatakan perbezaan antara orang beriman dan beramal soleh dengan orang yang sesat dan menceburi kejahatan. Orang beriman diberi nikmat dan orang yang sebaliknya akan diazab.
3. Walaupun seseorang itu tidur di dalam istana, tetapi bermimpi dikejar haiwan buas (harimau), tak boleh lari, azabnya rasa. Walaupun diawasi oleh polis. Dan seseorang yang tidur di kaki lima, tetapi bermimpi tidur di dalam istana, nikmatnya. Begitulah contoh alam barzakh.
Fiqh Harakah | Menyinsingnya Fajar Islam.
1. Nabi menganut agama Nabi Ibrahim sebelum dilantik menjadi Rasul. Allah menjadikan baginda seorang yang sangat benci akan amalan jahiliyyah. Dan baginda beruzlah (asing diri jauh daripada gangguan jahiliyyah). Dan beruzlah di Gua Hira’. Nak masuk ke gua itu kena mengiring, tak boleh masuk dalam keadaan berdiri. Apabila duduk diatas gua itu, akan nampak keseluruhan kota Makkah.
2. Uzlah itu adalah satu tarbiyah untuk menghadapi ujian dan membulatkan hati kepada Allah.
3. Nabi akhir zaman bukan sahaja menghadapi keluarga dia, tetapi juga kuasa besar seperti Parsi, Rom, India dan Cina. Ini lah yang akan dihadapi orang Islam sehingga ke akhir zaman.
4. Ketika dalam perjalanan, nabi diberi salam oleh kayu-kayu dan pokok-pokok. Kerana tiada manusia ketika itu yang tidak Islam yang mahu memberi salam kepadanya.
5. Rasulullah bermimpi seperti pancaran waktu subuh dan meneruskan ulang alik ke Gua Hira’. Apabila nabi habis bekal, balik ambil bekal. Mimpi nabi adalah wahyu. Mimpi orang beriman ialah 60@70 daripada wahyu. Yang boleh diketahui kebenarannya oleh orang yang boleh mentadbir mimpi. Di akhir zaman, yang memastikan mimpi itu benar atau palsu ialah Quran dan Hadis.
6. Malaikat mendatangi Nabi, lalu berkata “iqra'”, nabi menyatakan “ma ana biqariin (aku tidak tahu membaca)”. Diulang, dan akhirnya Jibril membacakan firman Allah dalam surah Al-Alaq : 1-4.
7. Asas ilmu ialah dengan nama Allah. Kalau tidak, ia akan menjadi rosak. Ilmu mestilah dengan menggunakan akal dan hidayah daripada Allah. Samada ilmu dunia atau akhirat.
8. Allah jadikan Nabi menerima ilmu tanpa membaca dan menulis. Nabi kita dengar wahyu, terus ingat.
9. Nabi pulang dengan cemas ke rumahnya. Kemudian malaikat mengatakan, kamu adalah Rasul dan aku adalah Jibril. Apabila diangkat kepala, Nabi melihat malaikat yang menyerupai dengan rupa lelaki. Kedua belah kaki malaikat sampai ke ufuk langit dan kemana sahaja nabi berpaling.
10. Dalam keadaan rungsing, Khadijah menghantar utusan untuk mencari Nabi, kerana sudah beberapa hari tidak pulang. Tiba-tiba nabi pulang ke rumahnya dalam keadaan badannya gementar sambil berkata, “Selimutkan aku wahai Khadijah”. Sehinggalah Nabi bertenang, dan Nabi menceritakan kepada Khadijah tentang perkara yang berlaku. Lalu Khadijah menegaskan dengan satu penegasan atas keyakinannya seorang yang mengetahui cerita kenabian kerana ia sering mendengar daripada sepupunya, Waraqah bin Naufal.
11. Kemudian, Khadijah ke rumah Waraqah untuk mendapat penjelasan. Dan Waraqah menegaskan bahawa “sesungguhnya dia adalah Nabi bagi umat ini”. Lalu Khadijah pulang ke rumah dan memberitahu kepada Nabi.
12. Apabila keluar tawaf, kebetulan Baginda bertemu dengan Waraqah yang telah buta dan tua itu. Lalu diminta kepada nabi supaya menceritakan apa yang dihadapinya. Apabila nabi menceritakannya, maka Waraqah mengatakan, sesungguhnya kamu adalah nabi umat ini. Dan beliau menambah lagi, “Demi sesungguhnya kamu akan dibohongi, disakiti dan dihalau dan diperangi. Jika aku berkesempatan dengan hari itu, nescaya aku akan menolong kamu untuk menegakkan agama Allah dengan pertolongan yang diketahuinya”. Dan ditakdirkan Allah, Waraqah meninggal sebelum sempat nabi menghadapi kesusahan tersebut. Dan nabi memberitahu kepada sahabatnya bahawa Waraqah masuk syurga dan mempunyai satu atau dua syurga.
Tafsir Quran | Surah Al Masad.
1. Surah ini adalah surah Makiyyah. Dikenali dengan surah masad, Lahab dan Tabbat. Mengisahkan tentang penentangan daripada keluarga terdekat. Nama Abu Lahab ialah Abdul Uzza. Abu Lahab bermaksud Bapa Api Neraka. Abu Lahab ialah seorang bangsawan dan hartawan. Menunjukkan hubungan kekeluargaan tidak boleh membantu seseorang daripada api neraka selagi tidak beriman.
2. Abu Lahab bergembira apabila lahirnya nabi. Tetapi dialah yang tentang nabi. Sama lah macam sambut maulud nabi sahaja, tetapi lawan nabi. Ada juga yang berbangga berketurunan nabi, tapi tak ikut nabi. Tak jadi apa juga. Mesti mendapat hidayah.
3. Sebab Nuzul menurut riwayat Ibn Abbas ;
Kerana mengutuk ucapan Abu Lahab yang mengatakan tabbat (celaka) ya muhammad, ketika berada di Bukit Safa. Maka Allah menurunkan surah ini.
4. Allah menurunkan surah yang khusus untuk mengutuk orang yang menentang nabi walaupun bapa saudara nabi. Tabbat pertama adalah doa. Dan tabbat yang kedua adalah Allah memberitahu sememangnya Allah membinasakan Abu Lahab. Hartanya tidak boleh buat apa-apa. Kerana melawan nabi, Allah menolak amal kebajikan. Duduk di Makkah berganda amalan, dan juga berganda dosa.
5. Isterinya membawa kayu yang ada duri. Kerjanya meletakkan kayu yang berduri di tempat yang nabi lalu untuk menghalang perjalanan nabi. Abu Lahab dan isterinya dibinasakan di dunia dan akhirat.
6. Abu Lahab mempunyai tiga orang anak. Dua masuk Islam. Utaibah tidak masuk Islam. Apabila turun ayat ini, Abu Lahab memerintah anaknya supaya menceraikan anak nabi yang berkahwin dengan anaknya. Utaibah sentiasa mengiringi ayahnya, Abu Lahab.
7. Utaibah mati digigit oleh anjing, ada pendapat mengatakan singa. Abu Lahab mati dalam keadaan penyakit. Yang baunya terlalu busuk. Sehingga nak tanam kena heret. Dan nak tanam kena lontar batu. Begitu sekali Allah melaknat dia. Dan ayat ini dibaca hingga kiamat. Dan begini lah padahnya apabila orang menentang Islam, dilaknat sehingga kiamat.
Abdul Latif Al Marangi,
22 April 2016.



























