Terengganu, Malaysia
Pendapat

Himpunan Pemuda ; Anak Muda Berpusu-pusu Di Teluk Pasu

kam3484(h)-pemuda8 (2)

Himpunan Pemuda PAS Dewan Undangan Negeri (Dun) Teluk Pasu diadakan bagi mengumpul anak-anak muda bersama dengan PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, akan datang.

Ini kerana, pihak terbabit terutama Majlis Tindakan Dun (MTD) Teluk Pasu menyedari kemenangan PAS pada PRU13 lalu hanya berkelebihan 109 undi.

kam3484(d)-pemuda4Justeru, Pemuda PAS berkenaan mengambil inisiatif tersebut bagi merapatkan jurang antara masyarakat umum dengan partinya.

Ketua Pemuda Dun Teluk Pasu, Mohd Saufi Hashim berkata peranan anak-anak muda tidak boleh dinafikan kerana mereka aset masa depan.

Katanya, melalui himpunan tersebut boleh mendedahkan anak-anak muda dengan hiburan alternatif yang dibenarkan oleh Islam.

“Objektif pertama yang kita buat dengan penganjuran Himpunan Pemuda PAS Teluk Pasu ini adalah untuk mengumpul anak-anak muda dari pelbagai latar belakang kepartian keluarganya.

“Kedua, kita (PAS) mendedahkan kepada anak-anak muda ini dengan hiburan alternatif yang tidak menyalahi agama (Islam).

“Ketiga, kita boleh memberi kefahaman tentang agama (Islam) dalam sesi soal jawab bersama Ustaz Azhar Idrus yang menjadi ikon anak-anak muda masa kini,” ujarnya.

kam3484(e)-pemuda5Bercakap ketika ditemui di tapak himpunan tersebut di Padang Bola Kampung Buluh Gading, Dun Teluk Pasu, Kuala Nerus, beliau berkata, program himpunan yang julung kali diadakan itu mendapat sambutan luar biasa.

Menurutnya penduduk setempat terutama di kalangan anak-anak muda, berpusu-pusu hadir program yang berlangsung selama dua malam satu hari tersebut.

Dengan pengisian hiburan alternatif kumpulan Ali EXPDC, gitaris Izor, shoutol amal, pertandingan mewarna kanak-kanak, cabutan nama bertuah, karnival jualan, pertandingan memancing ikan darat dan bicara santai bersama Ustaz Azhar Idrus, menjadi ‘magnet’ menarik orang muda.

Namun, disebalik kemeriahan tersebut, kesedihan menerima berita pemergian ‘selebriti’ pelawak terkenal arwah Mr Os atau nama sebenar Mohd Yusof Abdul Hamid tidak dapat disembunyikan.

kam3484(b)-pemuda2Allahyarham yang sepatutnya digandingkan bersama dengan Ustaz Azhar Idrus, pergi lebih awal menyambut seruan penciptanya, ketika beliau baru ‘bersama’ keluarga PAS.

Sehubungan, Saufi merakamkan ucapan takziah selaku pengarah program tersebut disamping mengucapkan terima terima kasih dengan sambutan orang ramai tanpa mengira fahaman parti masing-masing.

Himpunan Pemuda PAS Teluk Pasu itu telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teluk Pusu, Ustaz Ridzuan Hashim.
Mengikut rekod piihan raya (PRU13) lalu, Dun Teluk Pasu mempunyai sejumlah 20,145 pengundi. Ustaz Ridzuan Hashim berjaya mengalahkan penyandangnya Dato’ Abdul Rahin Mohd Said dengan majority 109 undi.

Ustaz Ridzuan (PAS) mendapat jumlah 9,098 undi, Dato’ Abdul Rahin (BN) memperolehi 8,989 undi dan undi rosak sebanyak 196 undi.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan