Penduduk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sadong Jaya sukacita dan gembira apabila mengetahui bekas guru dan mantan pegawai pendidikan Cihgu Asan Singkro akan bertanding mewakili PAS di DUN tersebut.
Seorang anak muda yang dikenali sebagai Amirul, 27, berkata, beliau sudah mengenali Cikgu Asan sejak beliau kecil lagi.
“saya kenal Cikgu Asan………pernah pernah (biasa) jumpa………dia tak pernah mengajar saya tapi mungkin dia pernah ajar ibu bapa saya,”ujarnya
Beliau yang sudah boleh mengundi berjanji akan berkempen bagi pihak Cikgu Asan agar Yang-Dipertua PAS Batang sadong memenangi kerusi SadongJaya pada pilihanraya negeri Sarawak yang ke-11 kali ini.
“Saya rasa gembira…….. dia (Cikgu Asan) kata PAS bagus, saya akan kempen kawan-kawan saya (biar) semua ikut sokong PAS,” katanya.
Sementara itu, seorang warga emas Haji Yusof bin Mubin, 70, mendakwa beliau mengenali Cikgu Asan sejak dari dahulu lagi.
Katanya. Beliau dan Cikgu Asan pernah bersama menjadi Ahli Jawatankuasa Persatuan IbuBapa dan Guru(PIBG) tidak lama dahulu.
“Saya kenal Cikgu Asan…. dulu dia salah seorang AJK PIBG sekolah… dulu dia cikgu di situ”
“Saya tengok dia boleh, cara pemikiran dia bagus.saya rasa bangga dia dapat bertanding,” kata Haji Yusop
Menurutnya dia berjumpa Cikgu Asan sebaik sahaja mendapat tahu Cikgu Asan akan bertanding di kawasan tersebut serta berjanji akan berkempen serta menjanjikan kemenangan buat Cikgu Asan.
Seorang lagi kenalan yang ditemui di Pekan Sadong Jaya dikenali sebagai Abong, 70, berkata orang-orang kampung sekitar Sadong Jaya suka dengan Cikgu Asan.
“Orang kampung suka dia sebab dia jadi cikgu sekolah, saya pun suka dia. Dua orang anak saya, jadi anak murid dia di
sekolah, dia jaga anak saya,” jelas Abong.
Cikgu Asan Singkro adalah anak jati kampung Pendam Ulu, Sadong Jaya berumur 63 tahun, berketurunan Melayu Bugis memiliki Ijazah Sarjana daripada Universiti Putra Malaysia.
Beliau pernah mengajar di beberapa buah sekolah di sekitar Sadong Jaya dan menjadi Pegawai Pendidikan Daerah di daerah kecil tersebut.
Kini beliau menyambung bakti sebagai pendidik di beberapa institut pengajian tinggi di Kuching, Sarawak.
Pada 6 haribulan April lalu, biau diisystiharkan oleh Presiden PAS sebagai calon PAS yang bertanding di DUN Sadong Jaya.
https://youtu.be/MN98ep1a7sU










