Terengganu, Malaysia

PAS Sabah Yakin Masa Depan Yang Gemilang

Pas Kota Belud2

PAS Sabah melahirkan keyakinan tinggi bagi rakyat di negeri ini menerima mereka setelah berjaya mengaktifkan sebanyak 14 buah kawasan yang sebelum ini hanya tiga kawasan sahaja yang berjaya digerakkan.

Dua lagi sedang dalam peringkat menubuhkan jawatankuasa penaja bagi mendaftarkannya manakala selebihnya sebanyak enam lagi kawasan akan diusahakan penubuhannya sebelum Pilihanraya Umum (PRU) 14 nanti.

Begitulah hasrat yang diluahkan oleh Timbalan Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Sabah, Haji Awang Laiman Haji Ikin, ketika ditemui sejurus selepas satu program dialog bersama pimpinan PAS jemputan di rumahnya di Kampung Lilud, Kota Belud baru-baru ini.

Tambah beliau lagi komitmen yang diberikan oleh Yang DiPertua-Yang DiPertua kawasan sangat menggalakkan, berdasarkan bilangan aktiviti-aktiviti bulanan yang dirancang, menambah keyakinan PAS Sabah yang mereka berada di landasan yang betul.

Selain itu, penekanan juga diberikan kepada penubuhan cawangan-cawangan baru bagi memantapkan lagi organisasi di peringkat akar umbi khusus untuk membantu menguatkan lagi kawasan-kawasan mereka.

Tegasnya, bagi PAS Sabah penubuhan cawangan-cawangan ini sangat penting bagi menguatkan PAS kawasan itu sendiri walaupun bagi mewujudkan cawangan bukan sesuatu yang mudah di Sabah, namun itu bukan alasan bagi mereka berdiam diri.

Pas Kota Belud3PAS Sabah kata beliau lagi, secara berterusan mengadakan program-program keagamaan bagi menyedarkan rakyat Sabah akan betapa pentingnya akidah dan jika ini berjaya dipahat di dalam hati mereka, maka mudahlah mereka menerima PAS.

“Kita buat program umum dengan harapan supaya terdetik di hati orang-orang kampung, masyarakat Islam itu sendiri supaya faham tentang Islam itu sendiri.

Jadi inilah yang menjadi keutamaan kami untuk memahamkan orang-orang Islam tentang Islam itu sendiri.

Dan kita yakin bila mana mereka ini faham Islam, faham apa itu akidah, betapa akidah itu penting, memainkan peranan yang begitu penting, insyaAllah laluan untuk mereka menyertai PAS tidak begitu sukar,” ujar beliau
.
Berdasarkan jumlah undi di beberapa kawasan contohnya di Kota Belud, peningkatan undi amat menggalakkan dan Haji Awang Laiman yakin ianya adalah kerana akhlak Islam yang ditunjukkan oleh ahli-ahli PAS menarik hati masyarakat setempat.

Bagi beliau, akhlak yang ditunjukkan oleh ahli-ahli PAS Sabah itu adalah hasil dari didikan usrah di peringkat cawangan dan kemudiannya disambung ke peringkat kawasan, membuktikan bahawa penubuhan cawangan adalah asas kepada dakwah ini.
Mengulas berkenaan isu-isu semasa yang biasa digunakan untuk melawan Umno, beliau sependapat dengan idea Presiden PAS iaitu mengunakan politik matang dan sejahtera bagi mengimbangi kekuatan Umno yang mempunyai segalanya.

“Walaupun kita tidak ada kewangan sepertimana Umno, tetapi dengan adanya politik matang yang kita boleh bergaul dengan semua, mereka akan duduk untuk mendengar apa yang kita sampaikan.

Pada kita, kebenaran ini memang tidak boleh dinafikanlah, jadi kita akan bercerita tentang kebenaran, politik matang, PAS for all, tentang kebajikan dan insyaAllah mereka akan faham.

Jadi itulah juga diantara kekuatan kita, walaupun kita berhadapan dengan Umno dengan duit yang banyak, tetapi kita ada ukhuwwah, persaudaraan,” tegas beliau.

Mempunyai lebih 30 etnik yang mempunyai kepelbagaian budaya dan bahasa, masalah itu tidak menjadi halangan besar bagi PAS Sabah kerana pernah ada daerah mengundi yang majoritinya bukan Islam, dimenangi PAS.

Ini membuktikan, PAS boleh diterima oleh pelbagai etnik dan agama di Sabah jika usaha mendekati mereka dilakukan dengan lebih kuat lagi kata Haji Awang Laiman, yang juga dipertanggungjawabkan menjaga Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Dengan melihat perkembangan penyertaan generasi Y dalam aktiviti dan program PAS sekarang ini, beliau berkeyakinan penuh bahawa PAS akan menjadi parti masa depan dan berharap agar ahli PAS Sabah mengekalkan akhlak Islam dan tidak mengambil kesempatan

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan