Komitmen Untuk Menangkan Calon PAS

1034

BATANG SADONG – Yang DiPertua PAS Kawasan Batang Sadong Cikgu Asan Singkro menyeru kepada para petugas jentera pilihanraya PAS agar dapat memberikan komitmen yang tinggi bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN( Sarawak Kali Ke-11 yang akan diadakan dalam masa terdekat.

Katanya, ia adalah penting bagi mencapai misi PAS Sarawak untuk memenangkan calon-calon yang bertanding sekaligus menghantar wakil-wakil PAS ke dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

“harapan saya adalah agar para petugas kita dapat memberikan komitmen demi perjuangan Islam, kita utamakan perjuangan kita………..bukan perkara-perkara lain,

IMG-20160410-WA0082“jadi diharapkan kita akan terus istiqamah dalam usaha kita memenangkan calon-calon kita dan dengan itu nanti kita dapat megenengahkan sekurang-kurangkan seorang wakil PAS di DUN Sarawak,”tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Taklimat Petugas Pilihan Raya DUN Sadong Jaya dan Sebuyau di Markaz PAS di sini, hari ini Ahad 10 April.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah ADUN Paya Jaras Selangor Mohd Khairuddin Othman, dan Penolong Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS Terengganu, Aminuddin Umat.

Dengan itu, Cikgu Asan yang telah diamanahkan sebagai calon DUN Sadong Jaya berkata, kerjasama antara para petugas adalah sangat penting sebagai pra-syarat untuk mencapai kejayaan yang dicita-citakan.

“untuk mencapa kejayaan tersebut, kerjasama antara kita sangat penting, jadi sekiranya ada salah faham sedikit sebanyak, perlu diselesaikan dengan cara berhemah,

“diselesaikan dengan cara Islam…..dan diselesaikan secara perbincangan kerana dasar kita adalah Islam,”jelasnya.