Calon PAS DUN Muara Tuang Azam Tingkat Taraf Hidup Rakyat

1978

KUCHING – Selain dari menawarkan khidmat menyempurnakan 11 tawaran PAS yang digagaskan dalam manifesto ’Tawaran Sejahtera PAS UntukMu Sarawak’, calon PAS N16 DUN Muara Tuang akan memberikan fokus kepada dua isu utama.

Bendahari Badan Perhubungan PAS Sarawak Zulkipli Bin Ramzi berkata,beliau akan menumpukan kepada penyelesaian soal pengangguran anak-anak muda.

“in sha Allah sekiranya diberi mandat dan dipilih di DUN Muara Tuang, saya akan bekerja sepenuhnya untuk warga Muara Tuang,

“walaupun pembangunan dilaksanakan oleh kerajaan sedia ada, namun ia masih tidak seimbang untuk memenuhi kehendak rakyat,

IMG-20160406-WA0155“masih ramai dilkalangan anak-anak muda di Muara Tuang yang masih menganggur dan tidak mempunyai pekerjaan tetap,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dan ditanya, apakah usaha yang akan dilakukannya skiranya rakyat Muara Tuang memilih beliau menjadi wakil rakya pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak kali ke-11 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Menurutnya, beliau akan berusaha untuk meningkatkan taraf hidup warga Muara Tuang dan m mastikan pembangunan yang dilakukan pada masa depan adalah seimbang dengan keadaan semasa.

“taraf hidup (penduduk) masih kurang…………… di kampung-kampung yang kita pergi tengok, keadaan para penduduk Muara Tuang agak merisaukan.

“(kerana) keadaan pembangunan tida seimbang dengan keadaan semasa,”jelasnya.

Beliau yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Samarahan telah diisytiharkan oleh Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan diamanahkan untuk bertanding mewakili pada PRN Sarawak.

Zulkifli Berumur 38 Tahun, telah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak berasal dari Niah, Miri dan kini menetap di Kota Samarahan.

Beliau memegang Diploma Elektronik Industri dan Instrumentasi, Pusat Latihan Teknikal Sarawak (YDTC) serta berpengalaman sebagai seorang peniaga dan juga bekerja di sektor swasta.

https://youtu.be/HEyonfRRwEs