Muslimat KT Satu Hati; Kental ,Tegas dan Berdedikasi

1049

Oleh : Azizah Mahmood

KUALA TERENGGANU – Dewan Abdul Mutalib, Markaz Tarbiyah PAS Kuala Terengganu menyaksikan kesatuan Muslimat Kuala Terengganu apabila berkumpul dalam satu himpunan besar tahunan.

Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Dr Rusni Adam berkata, Mesyuarat Agung Muslimat membuktikan jiwa Muslimat yang kental, tegas dan Berdedikasi.

“Muslimat ini lembut………….tetapi kelembutan ini yang meletakkan didalamnya semangat kental , tegas dan berdedikasi.

IMG-20160402-WA0041“Muslimat perlu bersedia dengan sifat ikhlas, amanah pada tugasan untuk jamaah, mempersiapkan diri dengan ilmu yang penuh di tambah dengan menginfaqkan masa,

“tenaga dan harta benda untuk Islam tanpa berbelah bahagi,”ujarnya ketika merasmikan Mesyuarat Kali Ke-35 Muslimat Kuala Terengganu pada Sabtu, 2 April.

Oleh itu, beliau menyeru agar para Muslimat, terus bersatu hati, rapatkan saf supaya musuh gerun melihat saf mujahidah sebagai jentera yang hebat.

“Biar musuh lihat kita sebagai satu jentera parti yang hebat dan digeruni, tanpa mengabaikan keluarga muslimat masih boleh berjuang membantu agama Allah,”tegasnya, di sambut laungan takbir oleh para perwakilan dan pemerhati.

Sebelum itu, Ketua Dewan Muslimat PAS Kuala Terengganu Puan Shamsiah Abu Bakar, membakar semangat muslimat agar terus berjuang dengan penuh istiqamah.

“Muslimat adalah penyumbang kepada kemenangan PAS, gerak kerja muslimat di semua peringkat dan organisasi adalah satu pengorbanan untuk Islam dan kekuatan muslimat tidak di nafikan,

“Bersatu hati adalah tunjang Muslimat, meletakkan keikhlasan dan berjuang kerana Allah di tahap paling tinggi………..untuk terus kekal istiqamah di bawah pimpinan ulamak,”jelas beliau ketika membuka tirai mesyuarat.

IMG-20160403-WA0021Mesyuarat Agung Dewan Muslimat kali ke-35 di hadiri oleh seramai 350 orang ahlinya daripada 55 cawangan dalam empat kawasan Dewan Undangan Negeri, dalam parlimen Kuala Terengganu.

Turut hadir dan berucap mewakili PAS Kawasan Kuala Terenganu ialah Ahli Jawatankuasanya yang juga Pengerusi Lujnah Kebajikan, Haji Salleh Abdullah.

Beliau menggesa para Muslimat menjadi pemangkin kekuatan PAS sedia ada, dan mempertahankan kemenangan PAS di Parlimen Kuala Terengganu.

“letakkan keikhlasan perjuangan PAS kerana Allah, muslimat akan tetap mantap dan tidak akan terheret dengan isu isu yang remeh.

“Muslimat adalah pemangkin kekuatan jemaah, maka terus rapatkan saf untuk menuju kemenangan Islam di Terengganu dan pertahankan Parlimen Kuala Terengganu di tangan PAS,” kata beliau.