DUNGUN – Isu tanah yang tidak selesai berpuluh tahun lamanya, terutama di Kampung Paya, Balai Besar, Pengkalan Jering, Gong Pasir dan Kampung Padang Pulut dalam DUN Rantau Abang akan menjadi agenda utama PAS sekiranya diberi mandat memerintah negeri Terengganu selepas pilihan raya umum kali ke-14 (PRU-14) akan datang.
ADUN Rantau Abang, YB Cikgu Alias Harun berkata, kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) telah menjadikan tanah sebagai ‘umpan’ politik sejak sekian lama.
“Isu tanah yang tidak selesai dari saya kecil lagilah, bila dekat dengan pilihanraya, borang keluar untuk permohonan tanah, selepas itu, lenyap.
“Berlakulah dari dulu sampai sekarang ini, yang kita risau ialah, berlaku pertindangan permohonan, tanah di Kampung Paya, Pengkalan Jering (yang) tak selesai, begitu juga kita tengok tanah di Padang Pulut, lebih dripada 20 tahun yang diduduki oleh orang tempatan,
“(mereka) meneroka tanah dari hutan belantara, jadi penempatan (tetapi) hingga sekarang tidak diberi taraf hak milik, sekadar taraf TOL sahaja,”ujarnya
Oleh itu, beliau melahirkan kebimbangan, keadaan itu menjadi generasi kedua dan ketiga rakyat negeri Terengganu tidak ada tempat tinggal kerana tidak diberi peluang untuk memohon dan memiliki tanah.
Lebih malang lagi, menurut beliau, tanah yang sesuai untuk rakyat tempatan tinggal, telah diberikan oleh Umno dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kepada ‘orang luar’.
“sekarang hampir 20 tahun, tanah di Kampung Paya telah diduduki oleh orang orang luar bukan anak tempatan, ini beri oleh Umno. Dia bersama JKKK membenarkan orang ini (orang luar), sekadar (hanya) untuk mendapat undi.
“Dan inilah benda yang perlu rakyat sedar kepincangan yang berlaku dalam urust tadbir Umno,”jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Tarik Pukat bersama penduduk tempatan dan nelayan pantai di Pantai Teluk Lipat , Dungun pada Sabtu, 26 Mac.
Sebaliknya kata beliau, kerajaan PAS Terengganu yang memerintah pada tahun 1999 hingga 2004 bukan sahaja membuka permohonan, bahkan telah memproses 60,000 lot tanah untuk seluruh rakyat.
Oleh sebab itu, beliau berharap rakyat Terengganu sedar tentang perkara tersebut dan dapat membuat pilihan yang betul dengan mengundi PAS pada PRU-14 nanti.
“Kita mengharapkan rakyat perlu sedar tempat tinggal ini penting, sebab generasi kedua (dan) ketiga (perlukan tanah)…………. takkan (mereka) nak tinggal dengan mak ayah lagi,
“setengah tu (sudah) ada cucu, masih tinggal dengan ibu bapa………. kemana kita nak duduk selepas ini?,”soal belia.
Justeru itu beliau mengajak seluruh rakya agar bersama PAS untuk memperjuangkan nasib dan masa depan generasi yang akan datan.
“kalau kita tidak sungguh-sungguh berjuang (bagaimana kita masa selesaikan) untuk maslahah (kepentingan) umum (ini),”tegasnya.
https://youtu.be/iMMF20DQ1R0










