Oleh : TS
DUNGUN – PAS menegur kerajaan negeri Terengganu haruslah meneliti setiap projek pembangunan agar ia memberi faedah yang optimum kepada rakyat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Cikgu Alias Harun berkata, ia mestilah dilaksanakan dengan faktor yang munasabah
“pembangunan yang tidak terancang dengan pelbagai infrastruktur untuk kemudahan rakyat haruslah dengan kajian yang teliti.
“Kita bukan menolak pembangunan tapi biarlah dia mengambil kira faktor yang munasabah demi kepentingan rakyat,”ujarnya.
Beliau berkata demikian sewaktu berucap pada program Sumbangan Fakir Miskin dan Anak Yatim di Kampung Baru, Kuala Abang dekat sini.
Pada Majlis tersebut seramai 90 orang dari keluarga miskin dan 30 orang anak yatim berumur antara 7 hingga 12 tahun menerima sumbangan masing-masing.
Mereka adalah para penduduk yang tinggal sekitar UPU Kuala Abang iaitu daripada Kampung Rhu Bhatil, Kampung Baru Kuala Abang, Kampung Rantau Abang dan Kampung Kuala Abang.
Ketua Lujnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Dungun itu turut memberi ingatan tentang cuaca panas dan serangan “strok haba” yang menjadi perbualan sekarang.
“Ibubapa haruslah memantau anak-anak daripada bermain dalam cuaca panas sekarang bagi mengelak sebarang penyakit yang bakal dihidapi”, Cikgu Alias Harun memberi nasihat.
Sementara itu salah seorang penerima sumbangan Idris b Harun, 51, dari Kampung Rhu Bhatil melahirkan rasa syukur kerana terpilih sebagai penerima pada majlis tersebut.
“Pendapatan sebagai tukang rumah tidak dapat menampung perbelanjaan seharian dalam keadaan ekonomi sekarang”
“Cukai GST yang ditanggung rakyat salah satu punca perbelanjaan harian semakin meningkat”, katanya ringkas.
Pusat Khidmat ADUN Rantau Abang dengan kerjasama Lajnah Kebajikan Dun Rantau Abang yang merangka program sumbangan ini mendapat dana daripada orang ramai dan juga individu bagi menjayakan acara tahunan ini.
Isteri beliau, Puan Roagayah Mahmood turut hadir bagi meraikan penerima sumbangan oada majlis tersebut.










