KEMAMAN – Semakin ramai rakyat Terengganu yang telah diberhentikan kerja disebabkan oleh masalah ekonomi yang sedang melanda kini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai Haji Hanafiah Mat berkata, beliau kesal kerana soalan yang dikemukakannya kepada Sidang Dewan berkait perkara berkenaan ditolak.
“saya kesal kerajaan kerajaan Umno menolak soalan saya…………sedangkan saya mendapat maklumat bahawa secara rasminya seramai 696 orang kakitangan atau tenaga kerja di Negeri Terengganu,
“yang telah diberhentikan kerja kerana masalah ekonomi sebagaimana laporan daripada Jabatan Tenaga Kerja Negeri Terengganu,”ujarnya
Beliau menyoal, apa masalah kerajaan yang cuba menutup fakta bekenaan berkenaan pemberhentian pekerja tersebut?
Bahlan katanya, maklumat yang beliau terima sehingga kini telah hampir 2,000 orang yang telah diberjhentikan terutamanya pekerja yang terlibat dengan sektor minyak dan gas.
“adakah Exco yang berkenaan dan kerajaan mahu lari dari tanggungjawab?
“Nampaknya lebih banyak sepanduk-sepanduk yang ‘memuja’ Menteri Besar dan Perdana Menteri………seolah-olah kerajaan tidak peduli masaah yang dihadapi oleh rakyat,”jelasnya.
Justeru itu, beliau menggesa kerajaan mengeluarkan fakta yang sebenar dan mengambil tindakan segera menyelesaikan perkara yeng berkait ‘periuk nasi’ rakyat.
“dalam Dewan (sidang DUN) kita mendengar setiap wakil Umno-BN tidak lupa mengucapkan perkataan ‘Transformasi’ bahkan MB sendiri sehingga memberi salam pun dengan salam TTB,
“tapi apa ertinya………tidak ada erti sekiranya ramai rakyat yang dibuang kerja dan menganggur!,”tegas beliau.
Katanya, menurut satu maklumat kerajaan, sepanjang tahun 2015 terdapat 19 buah syarikat yang terlibat dengan pemberhentian pekerja yang melibatkan 609 pekerja tempatan dan 72 pekerja asing.
Beliau menambah, dari bulan Januari hingga pertengahan Feburuari 2016 terdapat satu syarikat yang terlibat dalam pemberhentian pekerja yang melibatkan 6 pekerja tempatan dan 9 pekerja asing.










