Terengganu, Malaysia
Pendapat

Penghormatan Datang Sendiri Jika Ada Kualiti

20160312_104651

Oleh : Hj. Ahmad Amzad Hashim

Tentu sekali yang naikkan adalah kalangan UMNO kumpulan tertentu yang merasa tertekan dengan hilangnya kepercayaaan dan lupusnya rasa hormat rakyat Terengganu kepada Perdana Menteri, lebih-lebih lagi kepada Menteri Besar, yang jika tidak kerana Dato Seri Najib, tidak akan mendapat sokongan para ADUN dan Ketua-ketuq Bahagian UMNO.

Mengarah atau meminta dihormati bukan kebiasaan pemimpin. Penghormatan datang sendiri jika kualiti kepimpinan dipandang terhormat.

Berselindung di belakang speaker DUN bagi mengelak usul undi tak percaya bukanlah tindakan terhormat. Lebih lebih lagi keputusan speaker DUN Terengganu dilihat janggal seolah-olah membelakangkan undang-undangtubuh negeri Terengganu.

Malah beliau jelas seperti tergesa gesa memendekkan Sidang DUN sedangkan masih banyak urusan kepentingan negeri dan rakyat mahu diketengahkan oleh wakil wakil rakyat.

Dalam keadaan berlatar belakangkan suasana hilang kepercayaan ini yang diusulkan oleh wakil yang dipilih oleh rakyat, tindakan speaker yang telah ditolak oleh rakyat dalam PRU13 lalu, tiba-tiba dinaikkan sepanduk RESPECT MY MB.

Perdana Menteri pula tak dihormati dan ‘dijueh’ oleh ahli-ahli dan pemimpin UMNO sendiri.

Disuruhnya rakyat RESPECT kepada Najib pula.

Untuk rakyat Terengganu yang lebih 97% orang melayu yang bercakap dan menulis dalam bahasa melayu sebagai bahasa harian, slogan RESPECT MY MB, PM ni sendiri adalah meloyakan.

Kalau ada perkataan PLEASE dihadapan, barangkali lebih sopan. Dan tidak kelihatan seperti fe’el amar (kata suruhan).

Dengan segala isu dalam negara dan negeri yang beredar dan jadi bahan bualan rakyat, yang nyata, MB dan PM adalah SUSPECT kepada pelbagai ‘salahlaku’ yang merugikan negeri dan negara.

Dan rakyat melihat bagaimana UMNO menjadikan SUSPECT ini sebagai orang yang perlu dihormati, dipertahankan.

Seperti ungkapan seorang pemimpin kanan UMNO, pemimpin mesti disokong walaupun melakukan kesalahan!

Ajaran apa yang sebenarnya kita turunkan kepada anak anak kita? Berpihak kepada yang batil?

*** Haji Amzad ialah Pengarah Jabatan Penerangan PAS Malaysia yang juga Ketua Penerangan PAS Kuala Terengganu

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan