Terengganu, Malaysia

PAS Dukacita Berlaku Pelanggaran Perlembagaan

PAS Dukacita Berlaku Pelanggaran Perlembagaan

KUALA TERENGGANU – Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melahirkan rasa dukacita, terkilan dan kesal dengan tindakan pihak Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Dato’ Mohd Zubir Embong menolak usul dibawah Perkara 14(6).
Pesuruhjayanya, YB Ustaz Satiful Bahri Mamat tindakan Speaker Dun itu telah melanggar peraturan Undang-undang Tubuh Negeri Terengganu.

Menurutnya, imej Menteri Besar juga tercalar seperti hilang kredibiliti dan sokongan dari pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) sendiri.

IMG-20160308-WA0116“Pertama, bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sebenarnya usul cadangan 14(6) Perlembagaan Negeri itu dibawa oleh wakil Umno (kerajaan) bukan dari pembangkang (PAS).

“Tapi hari ini, kita (PAS) rasa berlaku pelanggaran peraturan dengan Undang-undang Tubuh Negeri Terengganu yang dicabar sedemikian rupanya.

“Kedua, imej Menteri Besar Terengganu. Saya rasa hari ini Menteri Besar (Dato’ Seri Ahmad Razif) sendiri pun rasa tidak yakin dengan kredibiliti dia sendiri,” ujarnya.

Ketua Pembangkang DUN Terengganu itu berkata demikian di lobi U2 bangunan Wisma Darul Iman setelah Mesyurat Pertama Penggal Ke-4, Dewan Undangan Negeri Ketiga Belas ditangguhkan oleh Speaker Dun Terengganu, hari ini 8 Mac.

Ustaz Satiful Bahri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paka menyifatkan Menteri Besar Terengganu telah hilang kepercayaan dari kalangan pemimpin Umno-BN sendiri.

Menurutnya, usul undi tidak percaya kepada Menteri Besar itu dibuat oleh Adun Umno-BN sendiri dan bukan dari kalangan wakil rakyat PAS.

“Tindakan (menolak usul) ini menggambarkan bahawa Menteri Besar sendiri ragu untuk mendapat sokongan dan sebenarnya hilang kepercayaan di kalangan pemimpin Umno-BN sendiri.

IMG-20160308-WA0112“Sebab yang bawa usul itu adalah Adun Umno Kijal dan bukan dari kalangan PAS. Itu satu gambar imej yang buruk dan rakyat juga ingin tahu senario itu. Adakah Menteri Besar sekarang ini mendapat kepercayaan ahli parti dia sendiri,” ujarnya.

Sementara itu, Adun Chukai, Hanafiah Mat turut melahirkan rasa kecewa dan dukacita dengan tindakan Speaker Dewan yang memberhentikan persidangan Dun Terengganu tersebut.

Kata Hanafiah, ahli-ahli dewan yang yang sepatutnya membuat keputusan menolak atau mengekalkan Menteri Besar Terengganu.

Menurutnya, usul yang memerlukan notis selama 14 hari oleh Speaker Dun itu tidak tertakluk kepada Perlembagaan Negeri.

https://youtu.be/AA2deuvlgZc

“Saya cukup kecewa kerana YDP Dewan (Dato’ Mohd Zubir) mengambil kesempatan terus memberhentikan dewan setelah penolakan usul itu dibantah oleh pembangkang.

“Saya sangat dukacita dan sepatutnya sebagai seorang Speaker yang adil dan bertanggungjawab, kita (PAS) minta ahli dewan semua mengundi. Jika mengundi dan masih majoriti untuk sokong Menteri Besar…maka, kekallah dia sebagai Menteri Besar.

“Tapi, jika sebaliknya akan berlakulah sesuatu (gugur) dengan Menteri Besar itu. Speaker berhujah berkenaan cara-cara menghantar notis 14 hari mengikut Peraturan Dewan sedangkan kita bercakap soal Perlembagaan Negeri atau Undang-undang Tubuh Negeri Terengganu yang lebih besar dari Peraturan Mesyuarat itu.

“Saya rasa sangat malu dan dukacita sebagai ahli dewan yang mula-mula (baharu) masuk dewan ini,” ujarnya lagi.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan