Terengganu, Malaysia

Deklarasi Rakyat Tun M. Bukan Keputusan Muktamad

TG Hadi sidang dun mac 16

KUALA TERENGGANU – PAS tetap dengan pendirian parti mahukan perubahan yang menyeluruh melalui proses demokrasi serta menganggap Deklarasi Rakyat itu bukan satu keputusan muktamad.

Presidennya Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kehadiran dua wakil pimpinan PAS pada majlis deklarasi itu sebagai pemerhati.

SAMSUNG CAMERA PICTURESIni kerana, kata beliau, dalam deklarasi rakyat tersebut ada perkara-perkara yang dipersetujui oleh PAS, tidak bersetuju serta terdapat perkara yang perlu ditambah.

“Kehadiran Dato’ Mustafa Ali ialah sebagai pemerhati untuk hadir. Kita (PAS) hadir dua orang (iaitu) Dato’ Mustafa Ali dan Yang Berhormat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (Ahli Parlimen Kuala Nerus).

“Dato’ Mustafa tandatangan, Dr Khairuddin tidak tandatangan. (sebab) Dalam deklarasi itu ada perkara yang kita (PAS) setuju perubahan, ada yang kita tidak setuju pun ada…perkara yang perlu ditambah pun ada (dalam deklarasi).

“Itu (deklarasi) tidak boleh menjadi satu keputusan yang muktamad,” tegasnya kepada wakil media selepas selesai Titah Ucapan Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, sempena Istiadat Pembukaan Penggal Keempat, Dewan Undanga Negeri (Dun) ke-13, di Wisma Darul Iman, pada Isnin 7 Mac.

IMG-20160307-WA0131Ketika menjawab soalan wakil media apakah yang dimaksudkan oleh Presiden PAS bahawa parti itu tidak mahu ‘dikualikan’ disebalik deklarasi Tun M tersebut.

Ustaz Abdul Hadi menjelaskan PAS mempunyai pendirian parti sendiri yang tidak terikat dengan mana-mana pihak serta hadir ke majlis deklarasi itu bagi melihat sendiri perkembangan semasa.

“Kita (PAS) tidak ‘dikualikan’ oleh semua, ‘digoreng’ oleh semua. Kita (PAS) ada pendirian kita sendiri dengan sebab itu, kita tidak boleh memisahkan diri dengan perkembangan (semasa) dan kita perlu hadir dan lihat. Dalam masa yang sama kita (PAS) perlu membuat pertimbangan dalam parti kita sendiri.

“Pada dasarnya ada yang kita tolak, ada yang kita terima. Contohnya, mahu perubahan dan pada kita (PAS) perubahan itu mestilah melalui proses demokrasi.

IMG-20160307-WA0105“Tunggu pilihan rayalah, tunggu pilihan raya akan datang. Ada pun melalui undi kepercayaan di parlimen dan kita (PAS) minoriti di parlimen bukan majoriti. Bergantung kepada orang Umno sendiri dan oleh kerana, Umno adalah tulang belakang kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang majoriti, terpulang kepada mereka untuk mereka buat undi tidak percaya.

“Terpulang kepada mereka (Umno) sendiri ada pun kita (PAS) tunggu dan lihat, apa yang penting kita mahu supaya proses perubahan itu mestilah positif kepada negara dan rakyat,” jelasnya.

Beliau selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rhu Rendang dan Ahli Parlimen Marang menegaskan perubahan yang hendak dilakukan mesti melalui proses demokrasi dan mengikut perlembagaan.

“Memang kita (PAS) mahu perubahan tetapi caranya mestilah melalui proses demokrasi yang betul. Di antaranya pilihan raya lima tahun sekali menurut Perlembagaan.

IMG-20160307-WA0199“Saya mahu supaya Perdana Menteri (Najib) kalau hendak tukar melalui pilihan rayalah atau pun melalui undi kepercayaan di Parlimen. (kerusi) di Parlimen Umno 88 kerusi, PBB (10) kerusi jadi 98 orang (kerusi) Melayu dan baki lagi bukan Islam.

“PAS sekarang ini tinggal 14 kerusi, boleh buat apa dengan 14 kerusi jika mereka (Umno) sendiri tidak buat (perubahan), itu hal rumah tangga Umno. Mereka yang punya kuasa pemerintahan itu rumah tangga mereka. Ada pun kita (PAS) tetap tunggu melalui proses demokrasi,” ujarnya.

Sebelum itu, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin melakukan pemeriksaan pembarisan terhadap 105 anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA), Kem Bukit Galing, Kuantan, Pahang.

Persidangan Dun Terengganu berlangsung selama tiga hari bermula 7 hingga 9 Mac 2016 dan pihak Speaker Dun hanya membenarkan tiga orang wakil PAS berucap pada kali ini.

https://youtu.be/3Dmxax04_88

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan