PAS mengjargai pelawaan Tun Dr. Mahathir Mohamad namun tidak akan bersama untuk menandatangani alam Majlis Menandatangani Deklarasi Menuntut Penyingkiran Perdana Menteri Malaysia, yang akan diadakan pada Jumaa ini.
Menurut Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan, PAS lebih selesa kekal sebagai blok politik ketiga negara, yang akan menggerakkanperubahan dalam kepimpinan melalui saluran demokrasi dan perlembagaan.
Sehubungan dengan suasana politik, ekonomi dan sosial negara yang amat gawat disebabkan urustadbir negara yang tidak keruan, beliau berkata, PAS akan meenghadap Majlis Raja-raja khususnya, untuk mencadang penubuhan satu Suruhanajaya Penyiasatan Diraja.
“PAS mengambil keputusan untuk menghadap Majlis Raja-Raja bagi menyembah cadangan supaya satu Suruhanjaya D’Raja dibentuk bagi mengadakan siasatan yang menyeluruh terhadap isu-isu 1MDB, Dana Politik RM2.6 billion, Skandal SRC International dan isu-isu lain yang berkaitan sebagaimana juga yang telah dititahkan oleh Persidangan Majlis Raja-Raja baru-baru ini,”kata beliau dalam satu kenyataan pada Khamis, 3 Mac.
Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata, PAS mahu Parlimen dibubarkan secepat mungkin untuk membuka jalan bagi pemilihan baru supaya mandat untuk memilih kerajaan baru boleh dikembalikan kepada rakyat.










