Terengganu, Malaysia

Pemuda PAS Cawangan Berjaya Bina Gelanggang Futsal RM14,000

Pemuda PAS Cawangan Berjaya Bina Gelanggang Futsal RM14,000

MARANG – Semangat jati diri ahli-ahli khususnya para Pemuda, telah membuktikan bahawa PAS sebuah parti yang bermaruah dan tidak mengharap ‘subsidi’ serta sentiasa berusaha untuk kemajuan masyarakat setempat.

IMG-20160227-WA0086Kekuatan mental dan fizikal ahli dan pendokong PAS yang sekian lama berdikari dalam membangunkan masjid dan surau secara ‘berjamaah’, telah menjadi bukti bahawa, PAS layak menjadi kerajaan.

Sebuah gelanggang futsal istimewa, yang dibina ditepi laut China Selatan, cetusan dari impian para Pemuda cawangan, telah menjadi realiti apabila ia siap dibina baru-baru ini.

Gelanggang itu yang terletak di Kampung Jambu Bongkok, dekat sini, adalah hasil sumbangan dan titik peluh para pejuang PAS, bagi memastikan anak-anak muda setempat tidak membuang masa dan melakukan aktiviti yang sihat.

Menurut Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Pengkalan Berangan Ustaz Sulaiman Sulong pembinaan yang menelan kos sebanyak RM14,000 itu adalah sepenuhnya projek Pemuda PAS cawngan tersebut.

IMG-20160227-WA0084 (2)“ia dibuat secara gotong royong dan memakan masa hampir tiga tahun untuk disiapkan,”ujarnya, ketika ditemui dalam majlis perasmian gelanggang tersebut pada Sabtu, 27 Februari.

“Projek ini dicetuskan oleh Pemuda PAS Cawangan semasa pilihan raya umum kali ke-13, ia mengambil masa beberapa tahun dan melebihi 10 kali mesyuarat, sebelum diputus untuk dibangunkan,

“projek ini mendapat soongan dari PAS Cawangan yang menyokong hasrat pemuda untuk mencapa matlamat mengujudkan kemudahan riadah kerana infrastruktur sukan adalah sangat terhad,”jelasnya.

IMG-20160227-WA0085Selain itu, kata beliau, gelanggang itu merupakan ‘pusat’ dakwah kepada para pemuda, yang lebih mudah didekati melalui aktiviti sukan.

Ia juga, katanya, dapat mengurangkan gejala sosial yang negatife seperti lumba haram, lepak dan membuang masa di wakaf-wakaf.

“ramai anak-anak muda ang tidak ada hala tuju atau tempat untuk melepaskan perasaan mereka, jadi kami fikir gelanggang futsal ini menjadi satu ‘platform’,

“untuk meluahkan perasaan mereka yang terpendam,”tambahya.

Bersempena Himpunan Harapan Semua 3.3, gelanggang futsal itu telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu YB Ustaz satiful Bahri Mamat.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan