Terengganu, Malaysia

Pilihan Raya Tentukan Masa Depan, Jangan Jual Maruah Diri

Pilihan Raya Tentukan Masa Depan, Jangan Jual Maruah Diri

KUALA TERENGGANU – Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan semua rakyat agar tidak ‘menjual’ diri dan maruah setiap kali menjelang pilihan raya.

IMG_20160219_070628Ini kerana, katanya pilihan raya itu bakal menentukan masa depan negara dan kepentingan dalam memilih kerajaan yang boleh memerintah.

Menurutnya, mana-mana kerajaan yang memerintah mesti berlaku adil kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

“Islam mengajar kita bahawa bumi ini adalah bumi Allah. Semua makhluk-makhluk Allah adalah hambaNya. Barang siapa yang memerintah negara mesti adil kepada semua penduduk dan isi negara itu tidak kira kaum.IMG_20160219_070714

“Inilah yang diajar kepada kita (Islam) dan kita hendak tunjuk dan kita telah tunjuk (buat) semasa kita (PAS) memerintah.

“Cuma kita hendak sambung tidak boleh sebab tahun 2004, kita (kerajaan PAS) jatuh dengan sebab pilihan raya banyak tidak betul, banyak menyeleweng dan banyak guna pitis (wang).

“Kita (rakyat) kena sedar dalam pilihan raya ini jangan kita jual diri kita, jual maruah kita. Pilihan raya ini kita tentukan masa depan negara kita, anak cucu kita masa akan datang supaya memilih kerajaan yang betul-betul boleh memerintah,” tegasnya.IMG_20160219_065715

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pejabat Penyelaras Parlimen PAS Kuala Terengganu dan Dewan Himpunan Penyokong PAS Kawasan Kuala Terengganu, di Jalan Banggol, Kuala Terengganu, pada Khamis petang semalam.

Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang turut mengingatkan bahawa tanggungjawab kerajaan tidak boleh menyalahgunakan kuasa dan harta rakyat.

Justeru, katanya yang membezakan PAS dengan parti-parti lain dalam masalah politik turut mengambil kira hitungan dosa dan pahala.IMG_20160219_065545

“Kerajaan tidak boleh menyalahgunakan kuasa, menyalahgunakan duit rakyat, harta rakyat. Kita (PAS) hendak kerajaan yang adil, kerajaan yang ada tanggungjawab.

“Parti kita (PAS) adalah parti yang ada hitungan dosa pahala dalam masalah politik. Itu yang membezakan kita (PAS) dengan parti lain,” jelasnya dihadapan lebih 500 hadirin.

IMG_20160219_065951Kehadiran Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi dan isterinya To’ Puan Seri Hajah Zainab Awang disambut dengan tarian singa sempena Tahun Baharu Cina 2016 yang disambut meriah.

Sebanyak 100 keping angpau diagih-agihkan kepada warga emas kaum Tionghua serta jamuan rakyat disediakan oleh PAS Kawasan Kuala Terengganu.

https://youtu.be/ZKNM3ObXoWY

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan