Terengganu, Malaysia

PAS Tidak Ketandusan Golongan Profesional

PAS Tidak Ketandusan Golongan Profesional

KUALA TERENGGANU – Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tidak ketandusan golongan profesional di kalangan ahlinya seperti ditohmah oleh musuh politiknya.

Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata masa depan PAS semakin cerah dan cemerlang dengan penyertaan golongan profesional.

Menurutnya, golongan profesional di kalangan anak-anak muda hari lebih memberi keyakinan kepada PAS.
Bahkan, katanya dua bulan lalu parti telah meluluskan penubuhan Jabatan Kesihatan PAS yang melibatkan penyertaan 800 orang doktor.

IMG-20160217-WA0065“Masa depan PAS semakin cerah dan cemerlang. Dua bulan lepas kita (PAS) luluskan penubuhan Jabatan Kesihatan PAS.

“Ianya dianggotai oleh 800 orang doktor dan 200 orang adalah doktor pakar iaitu pakar jantung, pakar bedah, pakar bius dan sebagainya. Saya ingat 20 orang mulanya tetapi 200 orang doktor pakar.

“Mereka (doktor) beritahu, mereka hendak tunjuk dan buktikan yang orang kata golongan profesional telah lari dari PAS itu tidak benar. Itu tidak termasuk lagi akauntan, ingineer (jurutera) dan ramai lagi golongan profesional lain di kalangan anak-anak muda kita yang memberikan keyakinan kepada PAS,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika membuat penggulungan pada Majlis Dialog Rakyat bertajuk “Apa Nasib Kami?” di Dataran KoKhidmat Kuala Ibai, Kuala Terengganu, 17 Februari lalu.

Antara ahli panel lain, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tepoh, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim, Ketua Penerangan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat, Dr Bala Chandran GK dan moderatornya Ustaz Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Latif.

Ustaz Idris yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang menyarankan kepada ahli dan pendukung PAS agar mempergiatkan penerangan parti kepada masyarakat umum.

Menurutnya, dalam suasana perkembangan politik semasa hari ini hanya PAS yang boleh menyelamatkan keadaan itu.

IMG_20160217_224607“Tugas kita (ahli) hari ini menerangkan kepada masyarakat. Menarik untuk memberi kepercayaan kepada masyarakat. Dalam keadaan Umno dan Barisan Nasional (BN) hari ini yang bermasalah.

“Nampak macam mereka (Umno) bersatu tetapi hakikat di dalamnya berpecah-belah di kalangan mereka. Maka, yang boleh menyelamatkan mereka adalah PAS.

“PAS yang akan menyelamatkan orang-orang Melayu yang menyertai Umno untuk kembali bersama-sama dengan PAS. Dan banyak (ramai) di kalangan mereka yang bekas menteri, bekas wakil rakyat (Umno) untuk menyertai PAS. Walau pun mereka itu bekas Umno tetapi mempunyai keinginan untuk bersama-sama dengan PAS,” jelasnya.

Katanya, negara mesti diselamatkan dengan Islam bagi menjamin keamanan dan kesejahteraan kepada semua kaum.
Menurut Ustaz Idris, dengan Islam akan menyelamatkan semua kaum orang Cina, India, Melayu, Kadazan, Dayak dan sebagainya.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan