Terengganu, Malaysia

PAS Bukit Payung Lancar Dana Pilihanraya

_DSC0162

Oleh : MNA

MARANG – PAS Bukit Payung yakin sedang mendahului Umno di Dun Bukit Payung dalam persaingan memenangi kerusi Dun itu dalam Pilihanraya Umum ke-14 nanti bagi kali ketiga berturut-turut berdasarkan bacaan politik terkini.

Antara indikasinya ialah kebolehan wakil rakyat PAS sekarang, Ustaz Mohd Nor Hamzah dalam menyelesaikan isu-isu, sikap ramah beliau dengan semua lapisan rakyat, disamping jentera pilihanraya yang komited walaupun dalam keadaan serba kekurangan.

_DSC0159Namun semua petunjuk itu, tidaklah menjadikan PAS Bukit Payung hanya perlu berpeluk rubuh menantikan hari pengundian, sebaliknya usaha telah ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi lagi dengan melancarkan Dana Pilihanraya Umum (PRU).

Pelancaran Dana PRU itu telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) YB Ustaz Satiful Bahari Mamat di Dewan Kompleks Pendidikan Madrasah Darul Iman, Titian Baru, Kedai Buluh semalam.

Turut hadir dalam majlis pelancaran tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya 1, YB Dr Alias Razak yang juga Adun Bukit Tunggal, Setiausaha PAS Terengganu Haji Mahyudin Abdul Rashid serta YB Ustaz Mohd Nor Hamzah selaku tuan rumah yang juga Ketua Penerangan.

YB Dr Alias yang berucap didalam majlis itu telah menyentuh beberapa perkara asas berkaitan PRU yang antara lainnya ialah bagi mencapai matlamat “Road To Wisma Darul Iman” yang telah dilancarkan sedikit masa dahulU.

Tambah beliau lagi, adalah penting bagi PAS menang di Dun masing-masing berdasarkan kekuatan sendiri dan bukan kerana kelemahan serta isu-isu semasa sahaja.

Dan bagi mencapai tujuan itu, Majlis Tindakan Dun (MTD) perlulah berusaha lebih gigih dalam menambah bilangan ahli dan cawangan agar PAS dapat menawarkan khidmat mereka kepada rakyat dengan lebih sistematik.

_DSC0158“Penting bagi Dun untuk pastikan kemenangan PAS adalah kerana kekuatan sendiri dan bukan hanya kerana kelemahan musuh.

Oleh itu kerja-kerja menambah keahlian baru adalah sangat penting untuk ditekankan.
Keduanya ialah cawangan perlu ditubuhkan sebanyak mungkin bagi melancarkan gerak kerja parti,” ujar beliau.

Beliau juga optimis Dun Bukit Payung akan dapat mencapai target keahlian baru bagi tahun 2016 ini.

Dana PRU yang dilancarkan itu mensasarkan kira-kira 20 orang di setiap cawangan akan menjadi penyumbang tetap bulanan dengan nilai RM10 seorang sehingga tempoh PRU akan datang.

Sehingga kini, PAS mempunyai sebanyak 20 buah cawangan berdaftar dan aktif di dalam Dun Bukit Payung.

Majlis yang dihadiri oleh hampir 100 orang ahli PAS mewakili semua cawangan itu diakhiri dengan gimik memotong riben kain rentang program oleh YB Ustaz Satiful Bahari Mamat.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan