Mahkamah Rayuan Mesir Menterbalikkan Hukuman Mati 149 Tahanan

1556

Menurut satu sumber kehakiman, sebuah mahkamah rayuan Mesir telah menterbalikkan hukuman mati kepada 149 tahanan yang dituduh membunuh anggota polis dalam serangan beramai-ramai di sebuah balai polis.

hukuman mati mesirMahkamah mengarahkan perbicaraan semula bagi defendan berikutan serangan itu, yang mengorbankan 13 anggota polis berhampiran Kaherah pada 14 Ogos 2013, pada hari yang sama pihak polis telah menembak mati beratus penunjuk perasaan di ibu negara Mesir itu.

Keputusan awal perbicaraan pada bulan Februari 2015 yang menghukum mati beramai-ramai rakyat Nesir telah dikritik oleh masyarakat antarabangsa, berikutan tidakan keras pemerintah terhadap penyokong presiden Morsi yang digulingkan.

Mahkamah juga telah dihukum 37 orang mati tanpa kehadiran mereka dalam perbicaraan, tetapi mereka perlu menyerah diri untuk perbicaraan semula.

0,,17517980_303,00Alasan bagi keputusan Mahkamah Rayuan masih belum diperolehi, tetapi mahkamah telah membatalkan beratus-ratus hukuman mati sepanjang tahun lalu, melegakan pejuang hak asasi tetapi mengecewakan beberapa pihak dalam kerajaan yang menggesa hukuman mati dilaksana dengan segera.

Tujuh orang telah dihukum bagi kesalahan keganasan politik sejak penyingkiran Morsi, termasuk enam yang disabitkan dengan tuduhan menjadi ahli kepada sebuah kumpulan militan.

rabia masacrePenggulingan tentera keatas Morsi, Presiden pertama Mesir yang dipilih secara bebas, diiringi beberapa tindakan kejam pertumpahan darah berlaku dalam negara Mesir, yang paling teruk dalam sejarah negara moden.

Morsi memerintah hanya setahun, belum sempat menyatukan negara Mesir, dan penyingkiran beliau telah mencetuskan pertelingkahan sehingga pihak polis menyuraikan dua kem perhimpunan bantahan dengan peluru hidup.

Pada 14 Ogos 2013, kurang daripada dua bulan selepas penggulingan beliau, polis dan tentera telah menyerang dua kem bantahan di Kaherah, Rabiatul Adawiyah dan an-Nahda, diaman lebih 1000 orang telah dibunuh kejam.