Oleh : Azizah Mahmood
KUALA TERENGGANU – Para peniaga Cina di bandaraya ini berharap, tahun baru ‘monyet api’ yang bakal disambut dua hari lagi akan membawa keuntungan dan tuahnya dapat melepaskan kesusahan yang dialami.


“saya harap tahun ini peniagaan saya lebih baik dari tahun lepas .kebelakangan ini perniagaan saya merosot,
“saya dah buka perniagaan selama 35 tahun.” Ujar Ah Thong, 62, yang ditemui bersama isterinya di premis perniagaannya di Jalan Banggol.
Pemilik edai barangan plastik, ‘Phua Household Product’, turut mengeluh menjelang perayaan terbesar masyarakat Cina itu.
Pakcik Phua yang ditemui di Kampung Tiong berkata, kekurangan pelanggan yang datang membeli menyebabkan jualannya merudum.


“harap tahun monyet api (pada tahun ini) tak bakar saya punya peniagaan,”katanya berseloroh.
Seorang pendandan rambut muda menjalankan perniagaan di Jalan Banggol, yang mahu dikenali sebagai Cik Anna, turut bersungut tentang perkara yang sama.
Harga barangan yang meningkat dan sewa kedai yang mahal menjadikan kebimbangan kepada beliua untuk meruskan kariernya sebaga penguasa ‘salon kecantikan’.
“(sekarang) beriaga kurang pelanggan, (kalau) dulu (bolh dapat pelanggan) 15 ke 20 (orang) sehari.
“(tetapi) sekarang nak dapat 5 orang seharip un susah, sewa kedai pun mahal, semua harga barang naik, susah kalau terus macam ni,”katanya ketika ditemui.


Seramai 25 orang para petugas yang diketuai Yang DiPertua PAS Kuala Terengganu Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah mengagihkan sumbangan buah limau, sempena Tahun Baru Cina yang di sambut pada Isnin 8 Februari.
Beliau yang ditemui menyatakan puas hati dapat mengunjungi jiran tetangan kaum Tionghua tersebut.
“saya gembira serta sukacita dapat bertemu muka, bertanya khabar dengan masyarakat Tionghua di bandaraya ini dan mereka menerima PAS dengan baik,


Yang penting, menurut beliau, ikatan tali kekeluargaan dan persaudara sesama insan dapat terus dijalin.
Turut sama dalam lawatan itu ialah Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Terengganu Dr. Balachandran G.K, Mantan Pesuruhjaya dan ADUN Wakaf Memepelam Haji Mohd Abdul Wahid Endut serta Pengerusi PAS DUN Bandar Ustaz Ahmed Shah Mohamad.




























