Selepas dua hari persidangan khas Parlimen, akhirnya majoriti ahli Parlimen menyatakan sokongan terhadap TPPA sekaligus menyaksikan Malaysia bakal menandatangani perjanjian tersebut pada bulan hadapan di New Zealand.
2. Keputusan ini sudah dijangka semenjak dari awal lagi. Sejak dokumen rasmi mengenai TPPA didedahkan kepada umum, Kerajaan kelihatannya begitu agresif menggunakan segala ruang melalui media cetak dan elektronik untuk berkempen mengenai TPPA.
3. Segala bentuk bantahan telah dikemukakan sama ada melalui diskusi ilmiah sehingga ke himpunan aman di Padang Merbok. Namun, Kerajaan seolah-olah memekakkan telinga (fall to deaf ear) dengan segala justifikasi dan hujah yang dibentangkan.


5. Apa yang lebih mendukacitakan, Kerajaan hanya berhujah berpaksikan kepada aspek ekonomi dan perdagangan, itupun masih belum cukup ampuh untuk meyakinkan keuntungan yang bakal diperolehi Malaysia.
6. Manakala aspek geopolitik AS dan China, pengaruh politik AS disebalik perjanjian tersebut tidak diambil perhatian langsung, malah menolak mentah-mentah pandangan yang dikemukakan.
7. Selamat datang si “penjajah” moden, selamat tinggal kebebasan dan jati diri.
“Beristiqamah Hingga Kemenangan”
NIK MOHAMAD ABDUH BIN NIK ABDUL AZIZ
Ketua DPPM / Ahli Parlimen Pasir Mas.
KENYATAAN MEDIA
Dewan Pemuda PAS Malaysia
28 Januari 2016 / 18 Rabi’ul Awwal 1437H





























