KUALA LUMPUR – Datuk Sarchu Sawal akan memulakan kempen ” Selamatkan Felda ” bermula di Felda Kertih 1 pada 30hb Jan ini sebelum bergerak ke seluruh negara.
Beliau yang berkhidmat lebih dari 40 tahun bersama Felda menyatakan hasrat ini dalam satu perjumpaan tertutup di Gombak bersama Naib Presiden PAS, YB Ustaz Idris bin Ahmad.
Beliau sebelum ini pernah berceramah di pentas Pas dan kali pertama penampilanya di PKR Rompin yang lalu. Beliau menyatakan hasrat membantu PAS dengan pengalaman yang dimilikinya.
Pertemuan ini hasil usaha Unit Hal Ehwal Peneroka Felda PAS Pusat bagi mencari tokoh-tokoh yang ada kaitan langsung dengan Felda bagi memberi kesedaran kedudukan terkini Felda selepas penyenaraian Felda di Bursa Saham Kuala Lumpur beberapa tahun lalu.
Pengerusi Hal Ehwal Peneroka Felda PAS Pusat Naraza Muda berkata, Unit ini diberi tangungjawab untuk mengatur jadual Datuk Sarchu ke seluruh negara bagi membuat perjumpaan dengan peneroka Felda.
“Datuk sangat berpengalaman dalam urusan KPF dan menjadi CEO pertama KPF yang berjaya memahat nama KPF sebagai Koperasi terbaik di Malaysia.
“Banyak rahsia yang akan didedahkan beliau nanti. Saya terkejut dengan beberapa perkara yang disebut beliau semasa perjumpaan tadi dan saya harap maklumat ini biar Datuk kongsi terus dengan peneroka Felda.”ujar beliau yang juga Pengerusi Generasi Terengganu.
Beliau berikrar akan membawa Datuk Sarchu ke beberapa tanah Rancangan Felda terutamanya di Terengganu dan 30hb Jan sudah ditetapkan di Felda Kertih 1 semasa Program pelancaran NGO GENERASI di peringkat negeri Terengganu.
Manakala Pengerusi Lajnah Tanah Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asal Pas Pusat, Haji Razman Zakaria yang turut hadir perjumpaan ini memberitahu Pas Pusat akan meneliti perkembangan ini dan akan mengumunkan secara rasmi berkait kesedian Datuk Sarchu membantu PAS.
“Saya ucapkan terima kasih kepada Datuk kerana kesanggupanya membantu kita dalan isu Felda. Ini aset baharu dan nilai tambah kepada kita. Usaha Unit Peneroka Felda Pas akan disemarakan lagi untuk memberi kesedaran dan maklumat yang kita tidak pernah dapat sebelum ini,”Kata beliau yang juga Ahli Jawtankuasa PAS Pusat.










