Terengganu, Malaysia

Ahli DHPP Wajib Turun Bantah TPPA

Dr Bala 170315

KUALA TERENGGANU – Dewan Himpunan Penyokong PAS Malaysia menyeru semua ahlinya turun membantah Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang akan dianjurkan oleh Kongres Rakyat pada Sabtu 23 Januari di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Ketua Penerangannya Dr Balachandran G Krishnan berkata perjanjian perdagangan itu wajib ditentang kerana ia tidak menyumbang untuk kebaikan Malaysia.

“Tiada Terima kasih kepada TPPA………….Ia mesti di tentang kerana ia tidak menyumbang untuk kebaikan Malaysia.

IMG-20160113-WA0038“Ia seolah-olah satu perjanjian pelbagai hala tetapi sebenarnya syarat-syarat yang ditentukan oleh Amerika Syarikat,”ujarnya.

Bahkan, beliau yang juga Pengerusi DHPP Terengganu menegaskan, TPPA merupakan satu penghinaan kepada kebijaksanaan rakyat Malaysia.

Justeru itu beliau menyeru semua kaum, tidak kira bangsa dan latar belakang politik untuk sama-sama menyokong bantahan perjanjian yang bakal menggugat keselamatan negara.

“Marilah kita mentadbir negara kita sendiri. Kami tidak mahu akan dijajah oleh Amerika atas nama globalisasi,”jelasnya.

Menurutnya, bantahan tersebut amat penting bagi menegakkan maruah dan menegakkan negara Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka.

“Kita mahu semua rakyat Malaysia tampil untuk menegakkan maruah dan kedaulatan negara ini untuk datang beramai-ramai,

“untuk mengambil bahagian sebagai satu ‘referendum’ kepada Kerajaan BN yang hampir menemui ajal ini,”ujar beliau lagi.

Beliau menambah, Malaysia boleh melakukan yang lebih baik tanpa TPPA dan berharap lebih 10,000 dari 30,000 ahli DHPP dapat menyertai bantahan tersebut.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan