Wacana Bajet Terengganu 2016; Sejahtera Atau Derita?

1334

KUALA TERENGGANU – Bajet negeri Terengganu 2016 dengan tema ‘Menjayakan Transformasi Mensejahtera Rakyat’ yang dibentang pada 30 November 2015 lalu terus mengekalkan dasar defisit.

Ia juga meneruskan prinsip pergantungan kerajaan Umno Terengganu kepada Kerajaan Pusat dengan peratus yang sangat tinggi, 88.17% hasil adalah dari sumbangan ‘Dana Khas’ iaiatu hasil royalty minyak dan gas.

Anuar-AhmadManakala hasil negeri dapat dijana hanya sekadar 11.83% sahaja.
Walhal dengan sumber-sumber ekonomi yang ada dalam negeri ini boleh diterokai dan berupaya menghasilkan pendapatan ke paras yang lebih tinggi.

Oleh itu, Badan Perhubungan PAS Terengganu melalui Lujnah Penerangan dan Hubungan Media akan menganjurkan satu Wacana Ekonomi Dan Bajet Terengganu 2016 yang bertajuk ‘Bajet Terengganu 2016: Sejahtera atau Derita?’

Ketua Penerangan PAS Terengganu YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata objektif Wacana itu adalah untuk memberi pendedahan kepada pemimpin PAS dan rakyat Terengganu, di semua peringkat dengan maklumat ekonomi dan perancangan kewangan yang lebih baik.

[Gambar – Prof Dr Anuar Ahmad (Kanan atas) dan Azrul Azwar Ahmad Tajudin (kanan bawah) akan membincangkan samada Bajet negeri Terengganu 2016 akan memberi impak sejahtera atau derita kepada rakyat negeri Terengganu]

“rakyat perlu tahu bahawa mereka berhak mendapat kehidupan yang lebih baik dalam suasana ekonomi yang mencabar kerana banyak sumber-sumber kekayaan Terengganu yang tidak diurus dengan baik,

Azrul_Azwar_Ahmad_Tajudin“berlaku unsur-unsur salah guna dan penyelewengan serta ketirisan dalam mengagihkan kekayaan tersebut dan yang paling penting adalah,

“sekiranya diberi mandat pada pilihan raya umum akan datang, PAS bersedia mengurus dan mentadbir negeri Terengganu,”jelasnya.

Justeru itu, beliau mengajak semua masyarakat untuk bersama-sama menyertai Wacana tersebut yang akan diadakan pada Jumaat, 22 Januari 2016, di Markaz Tarbiah Kuala Ibai, bermula jam 22.30 petang.

“orang ramai yang berhasrat untuk menyertai program ini boleh mendaftar melalui pertubuhan atau NGO masing-masing,

“Dua orang professional dalam bidang ekonomi dan kewangan, mantan Naib Cancelor UNISEL Prof Dr Anuar Ahmad dan bekas Ketua Penganalisis Ekonomi Bank Islam Azrul Azwar Ahmad Tajudin akan menjadi panel,”jelasnya.

Sebarang pertanyaan berhubung Wacana tersebut boleh di ajukan kepada Setiausaha Kerja Jabatan Penerangan PAS Terengganu Zaidan Abdullah di talian 019-981 6025.