Terengganu, Malaysia

Muara Sungai Terengganu; Kerajaan Umno Tambun Guna ‘Pitih’ Rakyat, Korek Semula Pun Guna Pitih Rakyat!

Muara Sungai Terengganu; Kerajaan Umno Tambun Guna ‘Pitih’ Rakyat, Korek Semula Pun Guna Pitih Rakyat!

KUALA TERENGGANU – Muara Sungai Terengganu adalah satu kawasan yang paling banyak mengorbankan dana rakyat dan Sehingga tulisan ini dibuat, kira-kira satu billion ringgit telah dijadikan ‘mangsa’ bagi melaksanakan berbagai projek yang sia-sia.

Ketua Penerangan PAS Terengganu YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, yang terbaharu, isu pulau pasir yang berada di tengah-tengah aliran Sungai Terengganu.

IMG_20160103_011657“(pulau itu) seluas kira-kira 10 hektar milik Lembaga Tabung Amanah Warisan Terengganu (LTAWT) yang dibayar cukai tahunan kira-kira RM12 ribu setahun,

“baru-baru ini telah disahkan oleh Exco Pelancongan Dato’ Mohd Jidin Shafie yang pulau itu telah stabil dan yang dicadang untuk didirikan tempat pelancongan seperti taman tema air,

“khabarnya mungkin akan disedut pula bagi tujuan mendalamkan kembali Sungai Terengganu yang menjadi cetek kerana projek-projek yang berkait dengan Monsoon Cup dahulu,”ujarnya dalam satu kenyataan media.

Mnurutnya, Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif memberikan alasan kerana banjir kerap dan cepat berlaku di kawasan-kawasan sekitar dan aliran sungai yang menjadi perlahan kerana masalah sungai cetek ini, juga telah menerima laporan daripada Jabatan Parit dan Saliran (JPS).

“Tetapi kali ini tidak terlalu banyak wang yang akan dikorbankan ke dalam sungai, insyaAllah cuma kira-kira RM20 juta sahaja duit rakyat yang akan dibenamkan.

“Umno tambun, bila sudah stabil Umno nak korek balik, guna pula duit rakyat Terengganu. Ada sesiapa yang boleh jelaskan proses apakah ini?,”soal beliau

IMG_20160103_011319Beliau memetik kembali kata-kata mantan MB Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said, Projek ‘Monsoon Cup’ adalah jelas membazir dan kerajaan pusat seolah-olah mengkhianati satu billion ringgit wang rakyat apabila membina kemudahan sebanyak RM500 juta dan mendalamkan ‘basin’ Pulau Duyung, sebanyak lebih RM500 juta lagi.

“Apakah dahulu belum cukup lagi muara Sungai Terengganu menelan RM500 juta dan harus ditambah lagi RM20 juta?,”soal ADUN Bukit Payong itu berharap ini bukan satu projek ‘cari makan’.

“Bukan itu sahaja kata Ahmad Said, hotel Riyaz Heritage yang sampai sekarang bermasalah, turut menjadi biawak hidup yang ditanggung menggunakan wang rakyat Terengganu.

“Begitulah caranya Umno merosakkan alam sekitar sekaligus wang rakyat. Firman Allah dalam surah ar-Rum ayat 41, (yang bermaksud)

IMG_20151230_055226“Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar),”tegasnya

Oleh itu PAS menyeru kepada kerajaan Umno Terengganu agar tidak menjadi seperti golongan yang disebutkan Allah dalam ayat di atas.

“PAS juga akan kekal menasihati dan tetap akan menentang sebarang bentuk penyelewengan dan kebrobokan tidak kira siapa dia.

“Dan alhamdulillah pembelian nombor plat khabarnya telah ditarik balik hasil nasihat dan desakan PAS,”tambahnya

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan