Terengganu, Malaysia

Hakisan Pantai ‘Membarah’; Bina Pulau Buatan Pemecah Ombak Dengan Segera

hishamuddin gotong royong

KUALA NERUS – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ustaz Hishamuddin Abdul Karim menggesa kerajaan pusat dan kerajaan negeri Terengganu dapat memberikan keutamaan kepada para penduduk Kampung Mengabang Telipot yang diancam hakisan ‘serius’.

Menurutnya, hakisan pantai yang mula dirasai oleh penduduk sekitar setelah berlakunya tambakan laut untuk memanjangkan landasan lapangan terbang.

hishamuddin gotong royong1“Kesan awal dirasai oleh penduduk Tok Jembal dan UMT, kini merebak di persisiran pantai Tanjung Gelam dan Kampung Tengah,

“sebuah wakaf rehat para nelayan di Tanjung Gelam telah ditelan ombak dan sebuah chalet milik persendirian juga turut di’baham’ ombak,”ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas menyingsing lengan, bergotong royong bersama-sama penduduk setempat, meletakkan guni pasir bagi mengawal hakisan di pengkalan nelayan di Kampung Mengabang Telipot dekat sini semalam, 1 Januari.

Katanya, premis pendaratan ikan di Kampung Tengah dilihat sangat berpotensi untuk runtuh.

“Justeru, usaha penduduk dengan dibantu anggota Jabatan Amal Kuala Nerus telah memainkan peranan untuk membuat benteng penghadang dengan guni-guni pasir untuk mengelakkan hakisan yang makin membarah,”jelasnya

hishamuddin gotong royong2Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak Jabatan Pengairan dan Saliran yang telah memainkan peranan untuk mengawal hakisan, bagi mengelakkan mudarat kepada penduduk.

Namun, beliau melihat, ia adalah penyelesaian sementara sahaja yang tidak akan bertahan dan kerajaan memandang serius ancaman tersebut.

“saya mengharapkan pihak kerajaan pusat dan negeri dapat memberikan keutamaan buat penduduk (dan) pemulihan segera perlu dilakukan.

“Pembinaan pulau-pulau buatan pemecah ombak atau benteng pemecah ombak perlu dilakukan segera,”tegasnya.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan