https://youtu.be/DdZR4QaXdpc
KUALA TERENGGANU – Walaupun tidak disebut ‘barang sepatah perkataan’ oleh semua media arus perdana, namun bapa arwah Mohd Wafiq, Mohd Noor Ismail menghargai khidmat dan jasa bakti yang dicurahkan oleh Jabatan atau Unit Amal.
Beliau berkata, hanya itu sahaja perkataan yang mampu beliau ucapkan atas pertolongan Unit Amal khususnya Unit Amal Setiu, yang membantu beliau sejak tragedi sedih tersebut berlaku pada Isnin 21Disember.
“saya sekeluarga mengucap terima kasih kepada Unit Amal Setiu dan Unit Amal Malaysia kerana telah banyak menolong saya daripada pagi sampai ke malam selama beberapa hari,
“sehingga anak saya dapat dijumpai………saya memang mengucapkan ribuan terima kasih atas jasa baik yang membantu saya dari awal hingga akhir,”ujarnya.
Pembantu makmal yang telah bersara itu berkata demikian ketika menunggu jenazah anaknya di Hospital Sultanah NurZahirah, petang Sabtu 25 Disember.
Mayat Mohd Wafiq di temui oleh penduduk tempatan di pantai Kelulut sebelum solat Jumaat, 25 Disember telah dikenalpasti oleh ayahnya kira-kira jam tiga petang di Jabatan Perubatan Forensik.
Berikutan pengesahan itu ‘Ops Ombak’, yang di jadualkan akan bersambung dengan kekuatan dua unit ‘jetski’ serta satu unit bot ronda telah di batalkan.
Ketua Operasi Ops Ombak, Mohd Fahmi Izzuddin Hashim kemudian secara rasminya mengumumkan operasi mencari dan menyelamat tersebut ditamatkan.
“kita mengucapkan syukur serta takziah pada keluarga mangsa atas penemuan ini dan Ops Ombak kita tamatkan pada pukul empat petang,
“dan terima kasih pada semua yang menyumbang tenaga dalam ‘ops ombak’ ini,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian bermula, pantai Rhu Sepuluh.
Jenazah Mohd Wafiq di bawa pulang ke Batu Pahat, Johor dan akan di kebumikan sebaik ia tiba dikampung halamannya.
Solat jenazah yang di imamkan oleh Mohd Noor sendiri telah ditunaikan pada jam 8.00 malam di bilik solat jenazah HSNZ turut di sertau oleh anggota Unit Amal Setiu dan Yang Dipertua PAS Kawasan Ustaz Shaharizukirnain Abd Kadir.










