Oleh : MNA
MARANG – Kenaikan harga barang kerana Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kejatuhan nilai ringgit berbanding dollar, semakin dirasai kesannya bukan sahaja keatas golongan berpendapatan rendah, malah golongan pertengahan juga.
Menginsafi akan keadaan kehidupan rakyat marhaen yang semakin mendesak, terlebih lagi sesi persekolahan baru 2016 semakin dekat menghampiri, maka Majlis Tindakan DUN (MTD) Bukit Payong, melaksanakan program bantuan persekolahan.


Dalam ucapannya, beliau menyatakan oleh kerana MTD memahami masalah kewangan yang dihadapi oleh bukan sahaja golongan miskin, tetapi juga semua lapisan golongan, maka MTD berusaha mencari penaja bagi menjayakan program ini.
GST yang diketahui membebankan rakyat, dan bukan membantu rakyat sebagaimana janji-janji kerajaan ketika mula-mula memperkenalkannya dahulu.
BRIM yang diberikan, tidak memadai jika dibandingkan dengan cukai yang dikenakan, kerana GST meliputi semua orang, tidak terpilih kepada orang kaya sahaja.
“Kalau kita kira dengan RM1200 setahun yang kita dapat melaui BRIM, berapa jumlahnya sehari? Sedangkan nilai GST dan cukai-cukai lain yang dikenakan, boleh melebihi jumlah RM1200 itu setahun.
“Ini tidak lagi kita kira harga barang menjadi semakin mahal kerana kejatuhan nilai RM. Contohnya, sekarang banyak barangan diimport dari China, dan jika kita beli barang dari China, kita mesti tukarkan dahulu duit kita kepada Dollar atau Yuen.


Oleh itu tambah beliau lagi, seharusnya rakyat sedar akan keburukan GST dan kejatuhan nilai RM itu kepada rakyat Malaysia, dan bukannya baik seperti dakwaan para menteri.
Di akhir ucapannya, beliau meminta agar para penerima mendoakan kebaikan kepada penderma-penderma yang sudi menderma bagi MTD menjayakan program yang baik ini, kerana semua bantuan itu adalah dari orang ramai.
Seramai 120 orang pelajar di sekitar Dun Bukit Payong, telah dipilih bagi menerima bantuan awal persekolahan yang berupa baucer pembelian di sebuah kedai pakaian sekolah di Pengadang Baru bernilai kira-kira RM100 setiap pelajar.





























