Oleh : Che Ana
KUALA NERUS – Bantuan awal persekolahan daripada Dato’ Dr. Khairuddin Aman Razali, dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga miskin dalam menghadapi suasana kos sara hidup yang semakin tinggi.
Ibu bapa dan penjaga yang ditemui pada program anjuran Sekretariat Ahli Parlimen Kuala Nerus itu melahirkan rasa syukur mereka.
Puan Nida Husin, 43, amat bersyukur diatas pemberian itu yang mengadu dan mengeluh dengan kenaikan harga barangan disebabkan cukai GST.


Ibu kepada enam anak berumur 43 tahun itu, tinggal di rumah PPRT di Kampung Duyong, mencari rezeki dengan menjual kuih di warung.
Lebih malang beliau menceritakan, satu-satunya motosikal yang menjadi pengangkutan baginya sekeluarga telah hilang dicuri orang baru baru ini.
“pendapatan suami saya tidak menentu……….kerja sebagai buruh, jual kuih di warung kalau tak habis bawa balik, untuk dimakan oleh anak-anak di rumah,
“Dengan pemberian kasut, beg sekolah, alat tulis ini dapat mengurangkan bebanan yang saya tanggung,”katanya ketika ditemui pada program ‘Back To School’ bersama pelajar miskin di sebuah pasaraya dekat sini Sabtu lalu.


Beliau yang tinggal di Kampung Tepoh kesal kerana dasar kerajaan yang tidak memudahkan kehidupan rakyat, sebaliknya semakin menyulitkan.
“saya menanggung 5 orang anak yang masih bersekolah……… yang sulong berumur 13 tahun, kemudian 12 tahun, 10 tahun,7 tahun dan 5 tahun,
“suami saya hanya bekerja sendiri kerana tidak ada peluang pekerjaan lain dan pendapatan keluarga kami tidak menentu,
“dengan pemberian kelengkapan sekolah ini dapat melegakan saya,”jelasnya yang menambah, beg dan peralatan sekolah pada tahun lepas, biasanya akan digunakan oleh anaknya yang lain, bagi menjimatkan perbelanjaan.


Sementara itu seorang bakal pelajar tahun dua, adik Wan Mohamad Afiq Ashraf, sangat gembira mendapat bantuan kelengkapan sekolah itu.
Anak sulong dari dua adik beradik itu begitu ceria dengan persiapan memasuki sesi baru persekolahan dengan pakaian serba baharu.
“suka sangat-sangat…………ada beg sekolah baru , baju baru , pensil baru,”katanya yang ditemani oleh kedua ibu bapanya yang ‘istimewa’.


Seramai 100 orang kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berumur dari 7 hingga 12 tahun telah diraikan dalam program ‘Back To School’ itu oleh Dr. Ustaz Khairuddin sendiri.
Menurutnya, mereka yang dipilih adalah berdasarkan beberapa kategori seperti fakir miskin, OKU dan anak yatim.
“mereka dipilih dari ke empat-empat DUN dalam Parlimen Kuala Nerus bagi menerima sedikit pemberian ini dan saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak,
“ibu bapa, anak-anak, para petugas dari DUN-DUN dan petugas Parlimen yang memberikan sokongan dan kerjasam menjayakan program ini,”kata beliau, yang turut memilih kelangkapan bagi anak-anak tersebut.




























