Dua Dikhuatiri Lemas; Tujuh Anggota Unit Amal Bantu Usaha Mencari dan Menyelamat

2195

SETIU – Tujuh anggota Unit Amal Kawasan Setiu diberi kebenaran oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk menyertai misi mencari mencari dan menyelamat di pantai Rhu Sepuluh, Penarik dekat sini.

IMG_20151221_201250Tiga orang dari seramai 13 orang yang dilaporkan mandi mandi di pantai peranginan tersebut telah lemas kerana ombak dan arus yang deras.

Bagaimana pun, menurut kronologi kes yang dicatat oleh pihak penyelamat, seorang dapat diselamatkan, manakala dua masih belum ditemui.

IMG_20151221_201821Menurut Komander Jabatan (Unit) Amal Setiu Rosdi Che Lah (Gambar kanan, berkupiah hitam), mereka yang masih hilang adalah Mohamad Naim Adnan dan Mohd Wafiq Mohd Noor.

“Kedua-dua mereka berumur 17 tahun dan berasal dari negeri Johor, mereka dikatakan mandi-mandi dan tiga daripadanya didapati lemas,”ujarnya yang berada di lokasi ketika dihubungi.

Beliau berkata, pihak Bomba dan Penyelamat juga telah membenar dua orang penyelam (diver) dan seorang peluncur air dari anggota Unit Amal menyertai operasi mencari dan menyelamat.

IMG_20151221_201933“tiga anggota kita, dua orang penyelam iaitu Mohd Shahril Mat Yasin dan Mohd Razali Ngah dan seorang peluncur, Mazuki Sulongdiberikan kebenaran oleh pihak Bomba bagi menyertai misi ini,

“selain itu seramai 4 yang lain bersiap siaga sepanjang masa di lokasi bagi memberikan sebarang khidmat yang perlu,”tambah beliau.

IMG_20151221_202024Turut hadir memberikan sokongan moral adalah Pengarah Khidmat Malaysia Terengganu yang juga Timbalan yang DiPertua PAS Setiu Dr Azman Ibrahim, Naib YDP Setiu Ustaz Mohd Pauzi Muda dan Ahli Jawatankuasa PAS DUN Permaisuri Hassan Hitam.

Menurut Rosdi, sehingga lewat petanghari ini Isnin 21 Disember, mangsa lemas masih belum ditemui.