KUALA NERUS – Jenazah lima beranak mangsa lemas, selamat disemadikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pengkalan Arang, Batu Enam, di sini, jam 1.20 pagi ini.


Tragedi menyayat hati itu, meninggalkan Mohd Hasif, 8, satu-satunya anak pasangan Mohd Halim Saiman dan Nurul Adilah @ Salaiwati Awang, yang terselamat.
Mewakili seluruh warga DUN Bukit Tunggal beliau mengucapkan takziah dan simpati kepada keluarga mangsa, khususnya Mak Teh Jarah Mahmud, 72, nenek kepada Mohd Hasif, yang tinggal di Kampung Serdang Baru, Bukit Tunggal.


“Semuga Allah memberi kesabaran kepada Mak Teh dan cucunya Mohd Hasif, anak arwah dalam menghadapi ujian yang besar ini, kami juga mendoakan semuga semua arwah diampuni dan ditempatkan bersama para solihin,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menunaikan solat jenazah di masjid Kampung Pengkalan Arang di Masjid Pengkalan Arang jam 9.35 malam tadi.


Sementara itu, Pengerusi Lujnah Kebajikan PAS Hulu Terengganu Mat Safari Abu bersama Ketua Pemuda PAS negeri Terengganu Ustaz Kamaruzaman Abdullah adalah adalah pemimpin yang awal hadir ke tempat kejadian.
Mat Safari yang juga Pengerusi Skuad Cakna Hulu Terengganu berkata, beliau bersama para petugas, bergegas ke kawasan air terjun Belukar Bukit sebaik mendapat panggilan kira-kira pada jam 1.55 pagi Sabtu, 19 Disember.
“Kami mendapat panggilan telefon dari seorang penduduk tempatan yang berada di tempat kejadian dan terus berkejar ke sana sambil menghubungi beberapa orang pemimpin PAS, antaranya Ustaz Kamaruzaman.


Beliau dan Ustaz kKamaruzaman sempat menemui keluarga mangsa termasuk adik kecil, Mohd Hasif, anak bongsu mangsa.
Sehubungan itu, mewakili Skuad Cakna, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak, warga tempatan yang cuba mnyelamatkan dan mengeluarkan magsa, pihak bomba, polis dan hospital Hulu Terengganu yang telah memberikan kerjasama dan memberikan bantuan.





























