Umno Akan Terus ‘Putarkan’ Isu Kerjasama Dengan PAS ‘Setiap Masa’

1111

KUALA NERUS – Ahli dan penyokong PAS dinasihatkan agar tidak gelabah dengan isu kerjasama dengan Umno kerana ia akan terus diputarkan dalam media massa.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi berkata isu Umno ingin berbaik-baik dengan PAS bukan perkara baharu tetapi berlaku setiap masa.

hitea teluk pasu1Menurutnya, PAS sebagai sebuah gerakan Islam di negara ini cukup banyak pengalaman berhadapan dengan situasi seperti itu.

Bahkan, kata beliau, tidak sepatutnya ahli parti mengelabah, runsing dan resah dengan permainan isu berkenaan kerana PAS mempunyai pemimpin yang berilmu.

“Kita (PAS) sebagai sebuah gerakan Islam di Malaysia, kita cukup banyak pengalaman untuk berhadapan dengan situasi yang seperti ini. Tidak sepatutnya, apabila timbul isu seumpama ini kita (ahli) jadi gelabah. Kita jadi tidak tentu arah, kita jadi rungsing dan kita jadi resah.

“Sebabnya, PAS ini sebuah gerakan Islam yang kaya dengan pengalaman dan banyak kali perkara ini timbul. Kita (PAS) sudah ‘ready’ untuk berdepan dengan situasi seperti ini.

“Tambahan pula, pemimpin kita (PAS) ini pemimpin yang berilmu, yang mempunyai kemampuan dan keupayaan untuk berhadapan dengan suasana seperti itu,” jelasnya.

IMG_20151215_150936Beliau berkata demikian ketika memberikan penjelasan dalam sesi soal jawab, Majlis Hi-Tea dan Dialog yang diadakan di Teluk Pasu, Kampung Petai Bubus, di sini, pada Isnin 14 Disember lalu.

Ustaz Nasrudin Tantawi mendakwa isu tersebut menjadi ‘mainan politik’ Umno bagi kepentingan politik semasa.
Sebaliknya, pemimpin PAS khususnya Presiden Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah menafikan dan membuat penegasan tidak akan bergabung dengan Umno sebanyak beberapa kali sejak tiga tahun lalu.

“Isu ini akan timbul setiap tahun, setiap bulan, setiap minggu dan setiap hari. Dan bukan perkara baharu isu-isu seperti ini. Pimpinan kita (PAS) pun kena jawab isu yang sama sahaja.

“Sebenarnya, sudah tiga kali muktamar berturut-turut setiap tahun dalam ucapan dasar Presiden dan didengari oleh semua para perwakilan di seluruh negara.

hitea teluk pasu“Muktamar ke-61, Muktamar ke-60 dan Muktamar ke-59…Tok Guru Presiden PAS menafikan ada usaha atau adanya penggabungan PAS-Umno dan berkali-kali dinafikan,” tegasnya di hadapan ratusan hadirin.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Temerloh menjelaskan penggabungan antara PAS dengan Umno tidak mungkin berlaku kerana perbezaan dasar parti masing-masing.

Katanya, PAS memperjuangkan dasar Islam manakala Umno pula mempunyai dasar perjuangan Nasionalis.

https://youtu.be/g7KmRWb_gdo