KEMAMAN – Banjir buruk yang melanda daerah ini pada tahun 2013 menjadi ‘satu bencana’ kepada kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) kerana terpaksa belajar daripada PAS bagaimana ia perlu diuruskan.
Yang DiPertua PAS Kemaman Ustaz Alias Abdul Hamid berkata, ketika itu pemimpin Umno tidak ada didalam negeri dan dikawasan masing-masing kerana Perhimpunan Agung Umno sedang berlangsung.
Oleh kerana tidak membuat persediaan yang secukupnya, kerajaan telah gagal dalam usaha mereka membantu rakyat menghadapi banjir pada tahun itu.
“pada tahun 2013 operasi banjir kerajaan tidak mencapai tahap yang dikehendaki…..semasa banjir berlaku pemimpin Umno duduk di Kuala Lumpur kerana perhimpunan agung,
“tidak ada pemimpin…………….(dan) tidak arahan………….bagaimana (jentera banjir kerajaan) mahu beroperasi…….kerajaan telah (terpaksa) belajar dari kesilapan mereka,
“dia tengok apa yang kita urus, dari segi komunikasinya, dari segi agihan bantuannya……..dan kita boleh kata, kerajaan belajar dengan PAS,”jelasnya.
Beliau yang juga Pengerusi Khidmat Malaysia Kawasan Kemaman berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Khidmat Malaysia dan Dana Banjir Kemaman di Surau Feri, Kemasik di sini, pada Jumaat 11 Disember.
Sehubungan itu, Pengarah Khidmat Malaysia negeri Terengganu Dr Azman Ibrahim berkata sesuatu tindakan untuk mencegah banjir sebenarnya adalah sia-sia, kerana Allah telah menetapkan hujan yang turun.
Namun begitu, beliau berkata, manusia hanya boleh membuat persiapan dan persediaan dan katanya Khidmat Malaysia yang dilancarkan adalah persiapan dan persediaan PAS bagi mengadapi sebarang bencana.
“bila NASA membuat kajian, akhirnya mereka mengesahkan bahawa fakta dari al-Quran satu kebenaran……….memang kadar hujan yang turun tetap dan sama, cuma bezanya bila masa ia turun dan di mana ia turun,
“NASA menganggarkan jumlah hujan yang turun dimuka bumi seluruh dunia sepanjang tahun 3.6 trilion tan setahun,
“kalau orang kata nak mengatasi banjir………macam mustahil……tapi yang boleh kita buat adalah bersedia dan Khidmat Malaysia ini adalah wasilah, wadah yang disusun semula oleh PAS Pusat daripada nama asalnya Malaysia Emergency and Disaster Management (MEDM),”ujarnya.
Beliau yang juga Pengerusi Lujnah Kebajikan dan Kemsyarakatan PAS Terengganu berkata, semua unit-unit, agensi dan Jabatan dalam PAS disatukan dalam satu pasukan Khidmat Malaysia dibawah satu payung dan melalui satu ‘Sistem Arahan Berpusat’ (Single Comman System).
Dengan itu, katanya, setiap sumber yang ada dalam PAS samada peralatan atau sumber manusia dapat digembelingkan seoptima yang mungkin.
“semasa bencana kita bergerak dengan memanfaatkan setiap sumber secara opimtima, samada perlatan atau manusia, kita cuba mengurangkan karenah birokrasi dan halangan (red tape) untuk bergerak dengan cepat tanpa membuang masa,”tambahnya.
Sebanyak RM5,000 Dana Banjir berjaya dikumpulkan melalui sumbangan pelbagai Dewan, agensi dan Jabatan dalam PAS Kemaman sempena majlis pelancaran tersebut.
Turut hadir dalam majlis itu adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu Haji Hanafiah Mat.










